Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Overwatch 2: Invasion – Mencuba Flashpoint and hero Support baru, Illara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2023
in Artikel, Battle.net, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Overwatch 2: Invasion – Mencuba Flashpoint and hero Support baru, Illara!
Share on FacebookShare on Twitter

Overwatch 2: Invasion adalah musim yang paling terbesar dan menarik setakat ini yang dikeluarkan oleh Blizzard, dengan banyak kandungan baru seperti Story Mission, game mode PvP Flashpoint, Hero Mastery Mission, cara-cara baharu untuk mengasah kemahiran dengan hero kegemaran, dan hero Support terkini, Illari!

Pasti ramai yang ingin tahu tentang semua semua tambahan baru di atas, jadi anda boleh teruskan membaca preview di bawah untuk tahu lebih lanjut!

Story Mission

Kredit: Blizzard

Story Mission ialah pengalaman PvE baru, sama seperti Overwatch Archives (siri game mode PvE berdasarkan naratif Overwatch), kali ini dengan skop yang lebih besar.

Untuk kandungan awal Story Mission, akan ada Resistance (Rio de Janeiro), Liberation (Toronto), dan Ironclad (Gothenburg). Setiap Story Mission melibatkan pasukan Overwatch yang melindungi seluruh dunia daripada pencerobohan Null sector sambil anda bertemu rakan lama dan sekutu baru. Dalam Resistance, anda menyerang kapal Null sector dan hancurkan kapal tersebut.Dalam Liberation, anda menyelamatkan mangsa yang terselamat dan mengiringi mereka ke tempat selamat. Di Ironclad, anda mengiringi Magma Core untuk mengisi bahan api di turet gergasi bagi menembak jatuh kapal angkasa Null sector.

Setiap satu daripada misi ini memberi tempoh masa sebanyak 30 minit untuk diselesaikan.

Kredit: Blizzard

Story Mission akan meletakkan anda dalam perlawanan co-op 4 pemain di mana anda melawan gerombolan musuh dan selesaikan semua objektif, ala-ala game co-op lain seperti Left 4 Dead, Vermintide, dll. Setiap Story Mission menawarkan watak yang berbeza untuk pilih dan semua hero yang tersedia untuk setiap Mission adalah sebahagian daripada naratif dalam game. Setiap watak yang anda pilih juga memiliki lakonan suara dan dialog berbeza.

Setiap Story Mission berlaku dalam peta unik yang direka untuk pengalaman PvE, dengan terdapat runtuhan bangunan yang rosak, omnic yang mati (robot AI), kemalangan kereta akibat pencerobohan Null sector. Pencahayaan dalam persekitaran cantik dan pemain dapat menyelam diri dalam alam Overwatch.

Kredit: Blizzard

Bagi pemain yang menikmati naratif dan kisah Overwatch, anda pasti gembira kerana dapat masuk ke dalam makmal Winston dalam Watchpoint: Gibraltar sebelum pergi membuat misi. Ini bermakna selain daripada cutscene dan dialog, anda diberi akses kepada data yang berkait dengan hero, misi, intel umum dan juga emel Winston di mana anda boleh baca melalui mesejnya, nota suara dan perbualan maya yang menampilkan watak daripada dunia Overwatch selepas setiap misi.

Kredit: Blizzard

Walau bagaimanapun, dari perspektif gameplay, AI musuh berasa agak linear dalam erti kata bahawa tak banyak musuh yang melakukan perkara unik; kebanyakannya hanya lari ke arah dan tembak anda. Yang berbeza hanyalah saiz mereka. Walaupun petanya cantik dan penuh butiran, agak mengejutkan kerana kita tidak diberi masa yang cukup untuk meneroka peta memandangkan objektif sentiasa berubah dan memaksa kita untuk bergerak pantas.

Secara keseluruhan, pengalaman gameplay agak okay, tetapi sorotan pastinya adalah jalan cerita yang mengembangkan alam Overwatch terutamanya untuk peminat yang menantikan naratif di sebalik tabir watak kegemaran.

Kredit: Blizzard

Hero Mastery Mission

Kredit: Blizzard

Hero Mastery Mission ialah pengalaman single-player dan misi boleh ulang semua yang akan tolong pemain baru dan pemain lama menguasai skil bagi hero spesifik serta merupakan tempat untuk bersaing dengan pemain lain melalui Leaderboard. Percuma untuk dicuba oleh semua, Hero Mastery Mission telah dicipta untuk pemain yang ingin mengasahkan skil mereka. Overwatch 2: Invasion akan melancarkan segmen pertama dengan sejumlah hero tertentu, tetapi lebih banyak lagi akan ditambah pada musim akan datang.

Game mode baru: Flashpoint

Kredit: Blizzard

Flashpoint, game mode baru yang tawarkan team-fight tempo pantas dan peta paling besar dalam Overwatch 2 setakat ini, ialah game mode PvP di mana pemain bersaing untuk menangkap kawasan yang berubah, sama seperti 5CP (Control Point) daripada Team Fortress 2 dan Territories dari Halo 2. Pasukan pertama yang memperoleh 3 mata akan menang. Selepas mendapat satu Capture Point, anda perlu bertahan sehingga mencapai 100% untuk mendapatkan mata sepenuhnya.

Flashpoint akan dilancarkan dengan dua peta baru:

  • Suravasa
  • New Junk City
Kredit: Blizzard

Kedua-dua map ini besar dan saya kagum dengan usaha pereka level dan pasukan seni kerana dapat menepati estetika peta berdasarkan sumber original. Malah, muzik dalam peta ini juga antara yang terbaik yang pernah diciptakan oleh Overwatch. Tempo Flashpoint betul-betul laju di mana tempoh purata setiap perlawanan adalah kira-kira 10 minit, lebih cepat daripada Control. Hero jenis pantas dan mobiliti tinggi seperti Tracer, Lucio, D.Va dan Winston nampaknya akan menyerlah dengan baik dalam game mode ini tetapi saya berminat untuk melihat jenis komposisi pasukan dan pilihan hero yang akhirnya akan menjadi meta kerana hero bersifat defensif juga boleh memainkan peranan yang besar.

Kredit: Blizzard

Secara keseluruhan, Flashpoint ialah game mode baru yang menyeronokkan untuk bermain dan saya harap mereka merombak semula peta 2CP lama seperti Hanamura ke dalam Flashpoint.

Hero Support baru: Illari

Kredit: Blizzard

Illari ialah hero Support baru Overwatch 2 selepas Lifeweaver. Dia berasal dari Peru dan mengambil kuasanya dari matahari. Abilitinya yang unik memperkenalkan mekanik healing baharu ke dalam game dan lebih banyak variasi kepada peranan Support. Jika dimainkan oleh pemain yang berpengalaman, dia boleh menjadi sangat bahaya kerana abilitinya yang ofensif, terutamanya untuk pemain yang mempunyai kemahiran mekanikal tinggi.

Kredit: Blizzard

Serangan utamanya ialah senapang auto-charging jarak jauh yang sama seperti Railgun Alt-Fire milik Sojourn, jadi sebaiknya anda tidak mahu spam serangan itu. Serangan Secondary Fire pula ialah pancaran sembuh berjarak sederhana yang serap tenaga solar, jadi anda perlu mengurus tenaga solar dengan baik untuk memastikan diri boleh menyembuh rakan sepasukan apabila perlu.

Kredit: Blizzard

Skil E-nya ialah Healing Python yang boleh menyembuhkan rakan sepasukan. Cara skil ini digunakan adalah sama dengan Immortality Field milik Baptiste jadi musuh boleh menembak alat. Seharusnya anda memposiskan Healing Python pada lokasi dengan betul kerana ia boleh melekat kat dinding dan mempunyai jarak sederhana. Namun, ia masih perlu dihala ke rakan sepasukan supaya dapat menyembuhkan mereka.

Kredit: Blizzard

L-SHIFT-nya ialah Outburst di mana bila diaktifkan, Illaru akan dilancarkan ke arah yang anda bergerak sambil memberi knockback pada musuh. Illari boleh melompat sejauh 12 meter dan jika butang lompat ditekan lebih lama, anda boleh pergi lebih tinggi.

Ultimate-nya, Captive Sun, akan menembak bola solar eksplosif ala-ala Kamehameha. Mana-mana musuh yang terkena dalam radius meletup Captive Sun akan diperlahankan dan apabila menerima nilai damage tertentu, akan meletup.

Kredit: Blizzard

Ciri baru: Sistem kemajuan pemain

Pemain boleh mula memperoleh emblems hero dan upgrade level hero kegemaran hanya dengan bermain sahaja. Player akan peroleh emblem semakin banyak mereka bermain dan juga memperoleh “name card” yang boleh ditingkatkan mengikut jumlah perlawanan yang disertai.


Overwatch 2 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Battle.net dan Steam manakala update Invasion kini tersedia sekarang. Update mid-season Overwatch 2: Invasion pada bulan September.

Untuk baca info dan butiran lengkap tentang Overwatch 2, sila tekan pautan ini.

Download sekarang!
Overwatch 2
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2022-10-04
Battle.net, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Overwatch 2 ialah sebuah team-based multiplayer first-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Digambarkan sebagai "hero shooter," Overwatch membahagikan pemain kepada dua pasukan, dengan lebih daripada 30 watak untuk dipilih.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Overwatch 2Overwatch 2: InvasionPreview
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Spider-Man 2 rasmi sokong Bahasa Indonesia untuk pasaran Asia Tenggara!

Next Post

Tiada Lagi FIFA Mobile, Diganti dengan EA Sports FC Mobile! Akan Lancar 26 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Tiada Lagi FIFA Mobile, Diganti dengan EA Sports FC Mobile! Akan Lancar 26 September!

Tiada Lagi FIFA Mobile, Diganti dengan EA Sports FC Mobile! Akan Lancar 26 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd