Marvel’s Midnight Suns adalah entri terbaru ke dalam ekosistem Marvel, dengan menggabungkan watak-watak daripada pelbagai multiverse ke dalam satu game kad taktikal dan disokong denga naratif bercita-cita tinggi.
Diberi peluang oleh 2K, saya sempat mencuba Marvel’s Midnight Suns, terutamanya bahagian awal game di mana kita menyesuaikan diri dengan game termasuk sistem-sistemnya yang rumit.
Sebelum meneruskan cerita, saya perlu ingatkan awak semua bahawa ini bukan review tetapi preview. Saya banyak akan terangkan pandangan pertama dan sistem umum tentang game, jadi tunggu review akan datang untuk info lebih terperinci!
Jadi tanpa melengahkan masa lagi, inilah preview awal saya untuk Marvel’s Midnight Suns.
Naratif bercita-cita tinggi
Sekilas pandang, saya boleh lihat ada banyak tumpuan pada naratif. Memandangkan francais Marvel mempunyai beribu-ribu watak, memang masuk akal lah untuk memperkenalkan watak ikonik ke medium baru.
Saya suka Marvel, lagi-lagi komik dan filem tetapi sejujurnya tiada pengalaman langsung tentang siri Midnight Suns. Walaupun begitu, saya jamin fasa awal sudah cukup menarik untuk membuat sesiapa terpaut pada jalan cerita.

Berikut adalah sinopsis:
“Selepas berabad-abad tidur, Lilith, Mother of Demons, dihidupkan semula oleh Hydra melalui kuasa sihir gelap dan sains. Lilith tidak berhenti untuk merealisasikan ramalan lama iaitu mengembalikan tuannya yang jahat, Chthon.
“Dalam keadaan terdesak, Avengers berusaha untuk melawan kuasa jahat itu dengan meminta bantuan Midnight Suns yang terdiri daripada Nico Minoru, Blade, Magik dan Ghost Rider—wira muda dengan kuasa alam ghaib, yang dibentuk untuk menghalang ramalan Lilith.”
“Bersama, mereka membangkitkan seorang pahlawan purba bernama “the Hunter”, anak yang ditinggalkan oleh Lilith dan satu-satunya hero yang pernah mengalahkannya. Dengan nasib dunia dipertaruhkan, ia terpulang kepada anda untuk bangkit melawan kegelapan!”

Jika nak dibandingkan dengan dunia MCU (Marvel Cinematic Universe), cara interaksi watak Midnight Suns hampir sama, di mana masing-masing selalu berlawak sesama sendiri. Setakat ini, saya tidak rasa perwatakan mereka terlalu “over” atau menjengkelkan, dan sebenarnya mudah untuk disukai.
Namun, saya faham jika anda lebih suka nada yang serius memandangkan watak yang tampil dalam game ini semuanya bukan jenis buat lawak dan sebagainya.
Pada masa yang sama, saya juga suka cara game memudahkan saya mengikuti naratif, untuk belajar tentang setiap ahli pasukan, dan multiverse secara umum. Saya pasti peminat tegar Marvel dapat memahami semua easter egg/ rujukan, tetapi jangan risau, mereka yang tidak begitu tahu tentang Marvel Universe secara umum juga pasti boleh mengikuti game ini.
RPG taktikal bertemu kad strategi

Umumnya, mekanik gameplay Midnight Suns ialah campuran antara “RPG taktikal” dan “permainan kad strategi”. Semasa giliran kita, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengerakkan watak di atas medan perang. Mereka boleh bergerak selagi tidak menggunakan abiliti.
- Kita bermula dengan 3 kad; sebaik sahaja bermain 3 kad, giliran biasanya akan tamat. Sebarang kad lebihan akan disimpan.
- Menggunakan kad boleh menambah sumber atau mekanik lain; Heroic digunakan untuk serangan ‘ultimate’.
Berkenaan sistem pertempuran, Firaxis telah mencipta sistem “rawak” pada setiap pusingan. Secara ringkas, pemain diberikan satu set abiliti rawak untuk pasukan, seperti serangan atau healing, yang hadir dalam bentuk kad. Seperti saya kata tadi, kita boleh memainkan sehingga tiga kad pada setiap giliran, yang memaksa pemain untuk memikirkan strategi baru tiap kali.

Setiap abiliti mempunyai kesan tambahan, lantas menjadikan sinergi pasukan dan perancangan sebagai ciri yang sangat penting. Contohnya, beberapa kad datang dengan kesan “knockback”, di mana musuh yang dipukul akan kebelakang. Jika merempuh objek, kita boleh melalukan damage tambahan.
Bukan diri sendiri sahaja, kita juga perlu memikirkan tentang musuh, kerana kad kita secara automatik akan menggerakkan watak di sekitar medan perang, yang penting untuk mengelakkan mereka daripada bahaya daripada serangan musuh.

Di samping itu, ada pelbagai cara untuk upgrade watak dan kad kita. Bagi Hunter dan para hero, kita hanya perlu menaikkan level untuk menjadi lebih kuat. Bagi kad pula, kita perlu mempunyai “duplicate” untuk upgrade. Lazimnya, kad diperoleh daripada “Gamma Coils”, yang didapati daripada misi.
Ia juga penting untuk mencampur aduk pasukan supaya seimbang. Saya tidak perlu menjelaskan panjang lebar tetapi hero tertentu mempunyai abiliti dan kelebihan sendiri seperti Blade yang dapat menambah damage pasif melalui efek “bleeding” atau Spider-Man yang dapat memerangkap musuh menggunakan sawangnya.
Selain lawan, perlu berinteraksi dengan geng hero

Watak-watak adalah tumpuan yang sangat besar kerana apabila keluar dari pertempuran dan meneroka pangkalan rumah (Abbey) game tiba-tiba menjadi sim dating ala-ala Persona 5.
Kita akan diberi pilihan untuk bergaul dengan pelbagai hero di sekitar kawasan Abbey. Ini termasuk berbual dengan watak untuk memajukan jalan cerita, meluaskan bangunan, menyelidik peralatan baharu dan berinteraksi dengan sistem crafting untuk dapatkan kad baharu.

Pada satu ketika, kita akhirnya akan memilih misi pertempuran. Semakin jauh diri kita dalam game, semakin banyak misi yang akan tersedia. Di sini, anda boleh memilih untuk melakukan misi yang berkaitan jalan cerita atau melakukan misi generik yang menawarkan sumber kita perlukan.
Apabila semakin rapat, lebih banyak abliti untuk kad watak itu akan dibuka. Inj memberi insentif untuk kita bergaul dengan hero-hero lain, serta mempelajari tentang mereka berbanding lawan sepanjang masa.
Mengawal The Hunter

Disebabkan Hunter adalah watak fleksibel, masuk akal lah kita boleh customize. Cuma, saya rasa sistem “character creation” agak standard dan terhad. Selepas bermain lebih lama, barulah saya faham lebih banyak kosmetik akan dibuka dan boleh diperoleh apabila kita maju melalui jalan cerita.
Sama seperti game dating sim, Midnight Suns memiliki barisan dialog yang membolehkan kita membentukkan perwatakan Hunter dan cara dia bertindak balas terhadap sesuatu. Setiap pilihan akan mempengaruhi gameplay, jadi pastikan anda membuat keputusan yang betul.

Mengapa penting? Midnight Suns mempunyai sistem ” alignment ” untuk The Hunter, yang dibahagikan kepada “Light” dan “Dark.” Sesetengah respons kepada dialog tertentu akan mempengaruhi salah satu daripada dua kategori tersebut, lantas mengubah alignment berdasarkan apa yang anda pilih dan cara kita melayan orang dalan situasi tertentu.
Bukan itu sahaja, alignment juga menentukan kebolehan yang dipakai oleh Hunter. Abiliti jenis Light lebih ke arah healing dan support, manakala abiliti jenis Dark lebih ke arah melakukan damage.
Lebih banyak anda menggunakan abiliti Light atau Dark, lebih mudah lah alignment itu akan bertukar, membolehkan kita mengkhususkan Hunter ke peranan tertentu seperti healer atau damage dealer.
Pendapat

Marvel’s Midnight Suns sebenarnya agak mengejutkan saya. Walaupun ia nampak seperti game XCOM, ia berasa sangat-sangat berbeza. Saya faham Firaxis memberi fokus tambahan pada jalan dan meluaskan lagi elemen RPG tapi tak sangka pula menarik begini.
Satu lagi perkara yang saya suka adalah sistem pertempuran Midnight Suns lebih menyeronokkan. Bagi mereka yang tidak tahu, XCOM lebih hardcore taktikal tetapi pertempuran Midnight Suns lebih mudah untuk faham, dan ini berita baik kerana mereka dapat memuaskan hati khayalak luas memandangkan peminat Marvel merata di seluruh dunia. Saya yang jarang main game taktik pun boleh faham.

Dan unsur penceritaannya, walaupun padat, memberi banyak penekanan pada watak secara mendalam dan memberi gambaran baru kepada watak yang kita selalu lihat dalam komik atau filem.
Secara keseluruhan, peminat game taktikal/strategi atau peminat Marvel sama-sama boleh menikmati game. Saya akan bincangkan lebih banyak info dalam masa terdekat, jadi nantikan review saya dalam masa terdekat.
Marvel’s Midnight Suns akan keluar untuk PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 3 Disember, diikuti oleh PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada kemudian hari.
@gamersantaimy
Discussion about this post