Kami kembali dengan preview baru untuk MtG — kali ini untuk set Unfinity akan datang dan penjelasan tentang mekanik “Attraction” dengan kad serba Gallery of Legends, berkat rakan-rakan kami di Wizards of the Coast.
Bagi korang yang tidak tahu tentang bagaimana “Attraction” berfungsi dalam MtG, mekanik ini sebenarnya mudah sahaja. “Artifact” jenis dua sisi akan masuk ke dek sisi sendiri (dipanggil Attraction Deck). Kadangkala, kad akan mempunyai efek yang akan memberitahu kita untuk “membuka Attraction” – masa inilah kita mengambil kad dari Attraction Deck yang saya sebutkan tadi.

Daripada situ, anda boleh membaling dadu 6-sisi sekali setiap pusingan. Jika keputusan sepadan dengan bahagian mata dadu yang menyala, anda dapat mengaktifkan efek Attraction itu. Memandangkan ia adalah artifak dan tidak memakan mana, pastikan anda menyusun dek MTG dengan kad Attraction yang sesuai untuk strategi.
Gallery of Legends ialah kad Attraction dua sisi yang membolehkan pemain menyeru makhluk besar ke atas papan. Efek kad ini adalah seperti berikut:
Visit — Buang kad daripada bahagian atas simpanan sehingga anda membuang kad “nonland”, kemudian pilih nama “legendary creature” dengan nilai mana yang sama dengan kad itu. Buat token yang merupakan salinan kepada kad itu dengan nama yang dipilih. Token itu akan mendapat “haste”. Buang kad itu pada permulaan langkah akhir seterusnya.
Bahagian dua sisi hanya akan menukar nombor dadu yang akan berjaya untuk mengaktifkan efeknya – satu bahagian mempunyai 3 dan satu lagi mempunyai 5, manakala 6 adalah sukses untuk kedua-dua belah pihak.
Ini adalah kad dengan potensi yang sangat besar. Perasan tak bahawa kad ini tidak menyebut dari “mana anda menarik Legendary Creature” itu. Pemain dengan mudah boleh membuat token untuk “creature” yang langsung tidak wujud dalam dek, dan kemudian gunakan keupayaannya selagi ia memenuhi keperluan kad lain (syaratnya pemain perlu mempunyai tahu apa yang dilakukan oleh kad itu).
Malangnya Gallery of Legends ialah kad Acorn, yang bermakna anda tidak boleh menggunakannya dalam permainan kompetitif.

Memandangkan set Unfinity membolehkan anda menukar objek daripada dunia sebenar kepada token), Gallery of Legends nampak seperti kad yang bagus untuk dek yang bikin huru-hara. Gallery of Legends akan tersedia dalam MtG: Unfinity apabila set ini keluar pada 7 Oktober 2022.
@gamersantaimy
Discussion about this post