Bagi mereka yang tidak tahu, baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mengadakan Closed Network Test untuk Dragon Ball: The Breakers yang sepatutnya melaksanakan beberapa penambahbaikan daripada Closed Beta Test sambil memperkenalkan content baru termasuk Frieza sebagai Raider terbaru. Sempena itu, kami sempat cuba, – jadi berikut adalah preview saya untuk Dragon Ball: The Breakers versi CNT!
Memandangkan ini adalah preview kedua, saya tidak akan menjelaskan begitu terperinci tentang gameplay asas. Preview ini hanya akan menceritakan tentang tambahan baru sahaja. Kalau anda tidak faham, boleh rujuk preview lama kami di sini.
Secara asasnya, Dragon Ball: The Breakers adalah adalah game “asymmetrical multiplayer” ala-ala Dead By Daylight, yang dibangunkan oleh Dimps, di mana tujuh Survivors (hanya orang awam biasa) telah terperangkap dalam “Temporal Seam” lalu harus menentang para Raider, yang selalunya terdiri daripada musuh paling ikonik daripada dunia Dragon Ball. Para Survivor perlu bekerjasama untuk melarikan diri dari musuh dan kembali ke keselamatan dunia mereka.
Frieza selaku Raider terbaru

Dalam versi beta Dragon Ball: The Breakers, kami mencuba Cell, sekarang masa Frieza untuk bersinar pula. Semua peminat tegar sepatutnya mengenalnya tetapi berikut adalah latar belakang kecil bagi mereka yang tidak tahu.
Frieza dianggap sebagai penjahat paling ikonik daripada francais Dragon Ball dan merupakan antara dalang sebenar kepada majoriti peristiwa dalam jalan cerita (permulaan Dragon Ball hingga ke Namek Saga), kerana memusnahkan Planet Vegeta, planet asal kaum Saiyan. Walaupun kalah kepada Goku, Frieza kemudian muncul sebagai penjahat utama dalam filem Dragon Ball Z: Resurrection ‘F’ dan antara rakan-rakan dalam Dragon Ball Super.

Jadi apa yang boleh dia lakukan dalam Breakers? Pertama sekali, Frieza akan berevolusi bergantung pada “Rage Gauge” yang akan meningkat setiap kali dia melawan atau terkena serangan. Dia akan bermula dalam First Form, kemudian Second dan Third dan akhir sekali mencapai Final Form. Dengan setiap evolusi, Frieza akan memperoleh lebih banyak kuasa dan membuka skil baharu.
Berbeza dengan Cell yang bermula dalam bentuk larvanya, Frieza (First Form) akan terbang dalam hover car di mana dia boleh menyeru anak buahnya Zarbon dan Dodoria, serta boleh menggunakan pelbagai jenis serangan jarak jauh (serangan laser daripada jari).

Second dan Third Form mempunyai skil yang sama tetapi Frieza Final Form adalah yang paling menakutkan. Di sini, dia boleh melemparkan bilah cakera Ki ke arah pemain dan boleh meletupkannya jika Survivor mempunyai HP yang cukup rendah.
Untuk Ultimate Special Attack, dia akan menggunakan “This Planet Will Die,” iaitu mengumpul tenaga untuk membentuk bebola Ki gergasi yang boleh memusnahkan sebahagian daripada peta.
Penambahan tutorial/guide untuk Newbie

Bermula dengan CNT, Practice Mode telah diperkenalkan. Dalam mode ini, pemain boleh meluangkan masa untuk berlatih kemahiran, taktik mengelak dan Dragon Change apabila diserang oleh Raider, tanpa bimbang perlu menang atau kalah. Anda juga boleh mengumpulkan sehingga 8 pemain dan berlatih dalam mode itu menggunakan peraturan biasa.
Selain daripada Practice Mode, sebuah Prologue yang bertindak sebagai Tutorial juga akan menerangkan tentang dunia dan latar belakang mengapa Survivor berada dalam situasi ini. Suara Trunks (anak Vegeta) juga telah ditambah dan akan berfungsi sebagai panduan ketika menerangkan tentang bahagian-bahagian yang berbeza dalam game.

Dengan menggunakan Practice Mode dan bermain Prologue, anda boleh menambah baik gaya permainan sebagai Survivor. Perubahan ini turut membantu pemain membiasakan diri dengan game dan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang peranan Survivor.
UI lebih bersih & kawalan lebih mudah untuk dilaksanakan
UI dan susunan butang untuk kawalan dalam game telah diubah untuk menjadikannya lebih mudah difahami supaya lebih ramai orang (walaupun mereka masih mentah kepada game) dapat akses. Berikut adalah beberapa contoh:


Kita tidak akan mudah mati sebagai Survivor

Bagi saya, bermain sebagai Survivor pun lebih mudah sekarang. Pertama sekali, tindakan “revive:” kini lebih mudah dengan item “Senzu Bean” baharu yang boleh menghidupkan semula diri anda atau pemain lain dengan segera. “Senzu Bean” juga boleh digunakan pada diri sendiri sebelum Raider membunuh kita dengan pukulan terakhir.
Satu lagi perkara yang saya suka ialah Survivor boleh berhenti semasa aksi revive tanpa perlu risau dengan “revive gauge”. Andai kata kita sudah isi gauge itu hingga separuh dan terpaksa berhenti (kerana dikejar oleh Raider), isi gauge itu akan kekal separuh. Sebelum ini, gauge akan sentiasa reset semula – jadi menghidupkan rakan sepasukan adalah tugas yang sukar.

Walaupun begitu, juga mengubah syarat untuk memanggil Time Machine beacon. Beacon kini akan muncul apabila terdapat 3 atau kurang jumlah Survivor.
Contohnya:
Tinggal 3 Survivor – 1 beacon akan muncul
Tinggal 2 Survivor – 2 beacon akan muncul
Tinggal 1 Survivor – 3 beacon akan muncul
Bergantung pada situasi, Survivor boleh memilih sama ada untuk “terus mencari Power Key” dengan jumlah rakan sepasukan yang sedikit (risiko tinggi untuk lebih banyak ganjaran) atau “melarikan diri melalui TIme Machine” untuk ‘play-safe’.
Grafik makin cantik
Akhir sekali, grafik telah ditambah baik dengan tekstur dan persekitaran yang lebih baik kualiti. Dulu ia nampak tandus tetapi BNE menambah lebih banyak butiran dan kesan kepada persekitaran keseluruhan terutamanya di pergunungan, kawasan air, kawasan perumahan. Malangnya, objek yang lebih kecil seperti pokok masih nampak sama untuk saya.


Pendapat

Saya suka cara BNE menguruskan peranan Survivor sekarang. Sebelum ini, sangat susah untuk melarikan diri daripada Raider, terutamanya jika mereka mencapai tahap Final Form. Dengan mekanik tambahan pada Sistem Revive seperti item Senzu Bean, ini adalah tambahan yang betul-betul memberi impak dan membuatkan game terasa lebih adil bagi saya.
Bagi Raider pula, saya rasa Frieza secara amnya jauh lebih kuat dan OP daripada Cell dalam Dragon Ball: The Breakers. Majoritinya sebab kemahiran Frieza boleh dilakukan daripada jarak jauh jadi ini agak memudahkan dia untuk menangkap Survivor tanpa perlu pergi dekat.

Secara keseluruhan, CNT membuat pelbagai penambahbaikan dan saya gembira BNE membetulkan isu-isu yang dilaporkan daripada beta. Sejujurnya, ia belum setanding dengan game asymmetrical lain kerana “kekurangan kandungan” tetapi kekurangan ini boleh dibetulkan selepas BNE merancangan pelan seterusnya bagi masa depan game.
Itu sahaja untuk review ini! Dragon Ball: The Breakers secara rasminya akan dikeluarkan pada 14 Oktober 2022 untuk platform PC, PS4, Switch, dan Xbox One.
Untuk baca segala liputan kami tentang Dragon Ball termasuk anime dan manga, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post