Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Preview] Demon Slayer – The Hinokami Chronicle DLC — Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko

safwan by safwan
September 26, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, Game Review, Nintendo Switch, PC, Preview, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Preview] Demon Slayer – The Hinokami Chronicle DLC — Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko
Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer adalah satu anime yang agak terkenal dikalangan rakyat Malaysia terutama sekali watak yang bernama Nezuko. Kalau korang nak tahu, anime ini telah dapat adaptasi sebuah game dengan bertajuk Demon Slayer – The Hinokami Chronicle dan telah dilancarkan di PlayStation, Xbox dan PC pada tahun lepas dan pada tahun ini mereka membuat penambahan platform Nintendo Switch.

Selain itu, mereka juga mengeluarkan satu DLC baharu yang mengandungi pelbagai watak termasuk Tengen Uzui dan Nezuko Kamado. Jika tengok pada model mereka, ia adalah sama seperti di dalami anime begitu juga dengan pergerakan mereka. Yang berlainan adalah pergerakan kombo, jadi anda perlu mempelajarinya untuk mahir membuat kombo dengan sempurna. Mari, kita mulakan.

Uzui Tengen

Seorang watak yang sangat ringkas untuk dimainkan kerana skill yang tersedia dalam game ini membolehkan anda membuat kombo secara berterusan. Tambah pula dengan pergerakannya yang laju, ia adalah sesuai untuk dimainkan oleh para beginner.

Tengen Uzui dilengkapi dengan dua gerakan istimewa iaitu “Fourth Form: Constant Resounding Slashes” dan “Fifth Form: String Performance”. Kedua-duanya telah pun ditunjukkan dalam animenya musim kedua. Tetapi Ultimate art yang ada dalam game ini adalah eksklusif dan tiada ditunjukkan di anime.

“Fifth Form: String Performance, Bursting Bloom” nampak sangat cantik lagi-lagi digabungkan dengan bunga api, memang nampak bergaya.

Kamado Nezuko

Versi yang disediakan dalam DLC ini adalah Demon Form Nezuko. Gerakan serangannya agak perlahan dan susah untuk membuat kombo tetapi serangannya mempunyai damage yang sangat tinggi. Jika anda boleh menguasai skill yang ada pada Nezuko, saya rasa anda boleh dapat membunuh musuh dengan segera. Disebabkan dia adalah demon, dia tidak boleh membawa watak lain dan tiada “breathing style”.

Nezuko mempunyai 3 gerakan istimewa iaitu Frenzied Kicks, Exploding Blood Strike dan Exploding Blood, Rupture sebagai ultimate art.

Kesemua skill ini hanya tersedia didalam game secara eksklusif dan tidak pernah disebut dalam anime. Skill yang ditunjukkan pun nampak sangat mewah dan efeknya yang terkena pada musuh nampak sangat selari dengan animation. Jadi, hasilnya nampak sangat cantik.

Map baharu

Dalam DLC ini, mereka menyediakan map baharu iaitu Entertainment District selepas Tengen, Tanjiro dan kawan-kawannya mengalahkan Demon. Jadi, situasi dalam map tersebut nampak sangat epic dengan kesan damage selepas berperang.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, semua reka bentuk nampak sangat terperinci dan adegan pertarungan pun nampak sangat kemas dan epic bersama efek-efek elemen yang keluar dari pedang. Memandangkan mereka melakukan banyak perkara, saya rasa mereka harus menambah jalan cerita musim 2 selain menambah watak dan peta sahaja.

Jika DLC Demon Slayer – The Hinokami Chronicle menyediakan lebih banyak kandungan pada harga yang tinggi sedikit, saya rasa pemain pun akan membelinya. Demon Slayer – The Hinokami Chronicle telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Untuk mendapatkan lebih banyak review berkenaan game dan teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer - The Hinokami ChronicleKamado NezukoUzui Tengen
Previous Post

One Piece SPOILER – Identiti Dr. Vegapunk akhirnya didedahkan

Next Post

“PS5 FIFA 23 Bundle” mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“PS5 FIFA 23 Bundle” mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!

"PS5 FIFA 23 Bundle" mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd