Pusing-pusing di gamescom asia, kami tertarik untuk mencuba satu game taktikal strategi bernama Bootleg Steamer. Dihasilkan oleh Team Junkfish, game in akan dikeluarkan di Steam pada 2024 (tarikh keluaran rasmi belum diumumkan), tetapi alang-alang kita di sini, apa salahnya mencuba.
Gameplay Umum

Secara am, Bootleg Steamer ialah game penyeludupan taktikal dengan pemandangan top-down, yang berlangsung pada Era Larangan 1920-an Amerika Syarikat di mana penjualan alkohol diharamkan. Pemain menggunakan kapal pengangkut barang untuk menyeludup alkohol dari pelabuhan asing ke Amerika, mengaut keuntungan sambil mengelak pihak berkuasa.
Pemain boleh melaburkan pendapatan haram itu untuk mengupah kru tambahan, peralatan dan penjenayah untuk meningkatkan operasi penyeludupan dengan matlamat utama bagi memperoleh kekayaan besar.

Maju selama bertahun-tahun sambil membeli kapal yang lebih besar, meningkatkan krew dan membina lebih banyak hubungan di lautan besar – manakala pihak berkuasa akan menjadi semakin mahir dan peristiwa penting dalam sejarah pula akan mencetuskan senario gameplay mencabar yang unik.
Pilih Kapten permulaan: Pilih daripada enam kapten berbeza yang akan mengetuai krew dalam perjalanan anda melalui Era Larangan Amerika. Kapten yang anda pilih akan mempunyai ciri unik yang memberi faedah dan kelebihan berbeza semasa bermain.

Pilih Kapal anda: Apakah seorang kapten tanpa sebuah kapal? Dengan dana permulaan yang terhad, pilih daripada pelbagai kapal bajet vintaj, hartanah dan slot untuk naik taraf.
Tangkap kami jika anda boleh: Elakkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Semasa maju ke tahun 1930-an, pihak berkuasa menjadi lebih mahir, bersama kapal, peralatan, kebolehan yang lebih maju dan lebih banyak rondaan. Mereka mungkin menetapkan penggera, melancarkan suar roket untuk menarik perhatian, atau meletakkan perangkap jaring untuk mencuba dan memotong anda.

Customize kapal dan upgrade kru: Gunakan dana untuk upgrade kapal dan kru. Kebolehan kru, upgrade kapal dan kontrak Mafia akan memberi lebih banyak peluang untuk melarikan diri apabila ditangkap. Beli kapal yang lebih canggih dengan pelbagai sifat taktikal dan slot untuk dinaik taraf. Pakai kapal mengikut gaya permainan anda.

Semasa membangunkan game ini, Jimmy Lin selaku Pengurus Produk di Junkfish menjelaskan bahawa aspek yang paling mencabar semasa menciptakan Bootleg Steamer sebenarnya adalah temanya. Ia bukan sesuatu yang kita biasa lihat dalam industri gaming moden di mana semua orang pergi melebihi aksi atau RPG. Untuk menjayakan projek ini, Lin turut memberi mesej kepada semua:
Secara jujurnya, kami memerlukan semua sokongan yang kami dapat daripada pemain di luar sana. Kami tidak mempunyai banyak sumber, bukan seperti nama besar seperti PlayStation, Capcom, Bandai Namco – kami bersendirian. Jadi kami berharap semua orang dapat menyokong game kami. Bukan sahaja game kami, tetapi setiap studio indie di seluruh dunia.
Dapatkan segala berita kami tentang game yang dipaparkan di gamescom asia 2023 di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post