Baru sahaja Diablo Immortal telah dibocorkan mengenai pelancaranya yang akan datang 25 Oktober ini, sebuah lagi permainan yang dinantikan ramai peminat juga bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu League of Legends Mobile! Ini yang membuat kami semua teruja! Sebentar tadi sebuah Tweet telah dikongsikan di Twitter bahawa permainan League of Legends terbaru bakal hadir dan pra-pendaftaran akan dibuka! Anda boleh lihat disini;
League of Legends Mobile pre-registration leak? pic.twitter.com/CMdq6oNHTe
— FPX Chisin – LPL 🏆 (@chisinRPL) October 15, 2019
Dikatakan bahawa permainan LoL yang terbaru ini adalah hasil Tencent dan membuka halaman pra-pendaftaran League of Legends yang dijangka akan keluar esok!
Di atas adalah halaman permainan mudah alih League of Legends. Anda dapat melihat bahawa permainan ini telah dibuka untuk pendaftaran pelantikan di China. Url tersebut telah ditarik balik, tetapi beberapa media asing telah berjaya memperolehnya. Maklumat halaman berkaitan adalah di QQApps.
Dibawah ini adalah beberapa tangkapan skrin yang telah dikongsikan sebelum ditarik balik;
Maklumat tidak banyak yang kami dapat kongsikan, tetapi dapat dilihat beberapa skin hero, mod “Glory of the King” dapat dilihat. Sudah pastinya LoL Mobile ini akan menjadi sebuah permainan MOBA. Apa pun , kita nantikan esok sempena siaran lansung ulangtahun League of Legends ke-10 jam 9 pagi ye! Mungkin lebih banyak maklumat mengenainya kita dapat ketahui!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post