Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Powerpuff Girls akan dapat reboot live-action! Bukan kanak-kanak tapi versi dewasa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2020
in Artikel, Berita
0 0
0
Powerpuff Girls akan dapat reboot live-action! Bukan kanak-kanak tapi versi dewasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Powerpuff Girls semuanya sudah dewasa kerana siri kartun popular ini mungkin mendapat reboot live-action sendiri yang menampilkan Blossom, Bubbles dan Buttercup sebagai orang dewasa. Dilaporkan oleh Variety, remake kepada kartun klasik Cartoon Network ini sedang dibangunkan oleh The CW, dan mengisahkan trio terkenal ini semasa usia 20-an.

Versi Powerpuff Girls ini digambarkan sebagai kurang riang dan lucu berbanding versi kartun. Variety menjelaskan bahawa Blossom, Bubbles dan Buttercup yang “berumur 20-an amat kecewa kehilangan zaman kanak-kanak kerana memerangi jenayah. Adakah mereka akan setuju untuk bersatu semula memandangkan dunia kini memerlukan mereka?”

Reboot ini telah dikaitkan dengan beberapa nama besar disebalik tabir. Heather Regnier dan Diablo Cody akan berganding baju untuk menulis, bersama dengan Greg Berlanti, Sarah Schechter, dan David Madden daripada Berlanti Productions. Cody terkenal dengan karyanya dalam filem termasuk Jennifer’s Body dan Juno, tetapi dia juga bekerja di beberapa siri seperti United States of Tara dan One Mississippi. Berlanti, yang pernah bekerjasama dengan The CW, telah menghasilkan siri-siri terkenal seperti Riverdale, The Flash dan Supergirl.

Powerpuff Girls asli ditayangkan di Cartoon Network dari tahun 1998-2005 dan mengikuti kisah Blossom, Bubbles and Buttercup, tiga adik-beradik super yang diciptakan oleh Profesor Utonium apabila dia mencampurkan “sugar, spice, and everything nice” bersama dengan Chemical X. Trio ini tinggal bersama Profesor Utonium di Townsville, Amerika Syarikat, di mana mereka menggunakan kuasa untuk menjaga keselamatan bandar.

Versi anime 2006

Siri popular itu mengilhamkan filem pada 2002, anime pada 2006 dan reboot 2016 di Cartoon Network yang dibintangi oleh Amanda Leighton, Kristen Li dan Natalie Palamides. Craig McCracken, pencipta siri asal, tidak akan terlibat dalam reboot kerana dia kini sedang mengusahakan siri Kid Cosmic di Netflix.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live actionPowerpuff GirlsThe CW
Previous Post

Yakuza: Like a Dragon rasmi keluar 13 November 2020 di PS4, XB1 & PC!

Next Post

“Vader Immortal: A Star Wars VR Series” rasmi keluar di PSVR hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
“Vader Immortal: A Star Wars VR Series” rasmi keluar di PSVR hari ini!

"Vader Immortal: A Star Wars VR Series" rasmi keluar di PSVR hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd