Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokken Tournamext DX dapat FREE-TRIAL bermula 29 Julai! Khas untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Pokken Tournamext DX dapat FREE-TRIAL bermula 29 Julai! Khas untuk Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Pokemon pertama di Nintendo Switch akan mendapat free-trial tidak lama lagi apabila Pokken Tournament DX boleh dimainkan secara percuma untuk masa terhad bermula 29 Julai. Dilancarkan pada tahun 2017 untuk Switch, Pokken Tournament DX menandakan penampilan pertama francais Pokemon di pelantar Nintendo Switch. Peminat dapat mainkan keseluruhan kandungan permainan selama mana mereka mahukan bermula 29 Julai, tetapi harus diberitahu bahawa tawaran akan berakhir pada 4 Ogos. Di bawah ialah iklan Jepun:

https://www.youtube.com/watch?v=pNOHHrGXHPk&feature=youtu.be

Sekiranya memang berminat untuk bermain, anda boleh ‘pre-download’ permainan terlebih dahulu sekarang dengan masuki ke akaun Nintendo untuk memulakan proses muat turun. Satu-satunya syarat tawaran ini ialah anda harus menjadi pelanggan Nintendo Switch Online.

Seperti yang lihat dalam trailer, ini bukan game Pokemon biasa yang kita selalu main. Daripada mengawal sekumpulan Pokemon dan mengarahkan mereka dalam pertempuran turn-based, pemain akan mengawal salah satu daripada 21 Pokemon dalam sesi pertarungan arena. Pokemon lain boleh diseru untuk membantu anda dan setiap satu mempunyai Burst Attack (serangan ulti). Berbanding menggunakan kepintaran, game ini menguji betapa mahir anda dalam genre pertempuran.

Free-trial Pokken Tournament DX akan tersedia untuk pelanggan Nintendo Switch Online bermula 29 Julai hingga 4 Ogos.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free Trialnintendo switchpokemonPokken Tournament DX
Previous Post

Anime The Seven Deadly Sins: Imperial Wrath of The Gods akan ditayangkan bermula 6 Ogos ini di Netflix

Next Post

Pengenalan kepada Revendreth! Zon terbaru di World of Warcraft: Shadowlands!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!
Berita

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!

July 4, 2025
Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Next Post
Pengenalan kepada Revendreth! Zon terbaru di World of Warcraft: Shadowlands!

Pengenalan kepada Revendreth! Zon terbaru di World of Warcraft: Shadowlands!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd