Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Unite menambah skin bernilai lebih RM160, harga umpama beli game baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Nintendo Switch
0 0
0
Pokemon Unite menambah skin bernilai lebih RM160, harga umpama beli game baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan ini, game MOBA Pokemon Unite telah terlibat dalam kontroversi tentang skin yang bernilai harga lebih RM160. Para pemaju seolah-olah mendengar maklum balas pemain yang tidak puas hati tetapi ternyata harapan pemain hancur selepas kemunculan isu baru. Sempena bulan seram ini, pemain harus membelanjakan sebanyak 2499 Aeos Gem untuk mendapatkan holowear Halloween eksklusif milik Lucario, yang berharga RM167.90 dalam bentuk wang sebenar.

Attention Trainers! The #PokemonUNITE Halloween Festival is now live! Relaunch your game to jump into the festivities, and check out the new Costume Party Style Holowear for Lucario while you're there! pic.twitter.com/peykZXTbCX

— Pokémon UNITE (@PokemonUnite) October 20, 2021

Seperti semua holowear, Costume Party Style: Lucario hanya boleh dibeli menggunakan Aeos Gem – sejenis mata wang yang tidak dapat diperoleh dalam permainan, dan hanya boleh dibeli secara bundle menggunakan RM sebenar. Ini adalah skin kedua dalam bulan ini yang harganya setaraf dengan game penuh, di mana yang pertama adalah holowear Sacred Alolan Ninetales. Kejadian ini membuat ramai pemain risau jika harga setinggi ini akan menjadi kebiasaan dalam transaksi mikro permainan.

Reaksi komuniti terhadap skin tersebut sudah tentu sangat negatif dan ramai yang meluahkan kerisauan mereka di subreddit Pokemon Unite untuk mengadu tentang nilai harga, serta menyatakan bahawa pemaju Timi Studios tidak mengendahkan maklum balas mereka. Ada juga yang tidak berpuas hati kerana permainan tidak menawarkan pilihan lain untuk membeli skin kerana satu-satunya cara untuk membeli adalah dengan membelanjakan wang sebenar pada transaksi mikro. Berikut adalah antara topik yang dibincangkan:

“Maklum balas masyarakat tentang holowear [Alolan Nintetales] sama sekali tidak bermakna; apa yang anda [pemaju] tahu ia jual dengan baik pada $40 dan memang tiada masalah untuk melakukan hal yang sama sekali lagi”, kata @phoenixcypherk1. Yang lain setuju, di mana @GekiKudo jawab, “Skin paling berkualiti tinggi dalam League [of Legends ‘] pun harganya $15 lagi kurang dan mempunyai lebih banyak butiran.”

Komen diedit untuk pemahaman konteks.

The newest Holowear for Lucario has arrived in #PokemonUNITE! Pick up the Costume Party Style Holowear for Lucario, and be sure to check out the Trainer Fashions to match! pic.twitter.com/QpPQibW0f0

— Pokémon UNITE (@PokemonUnite) October 20, 2021

Walaupun respon tidaklah sebegitu negatif seperti skin Nintetale, pengumuman Twitter tentang holowear Lucario masih menerima beberapa aduan. Kini ramai yang sebulat suara kata bahawa mereka tidak akan membeli skin premium ini sehingga harganya dikurangkan. Dilema oh dilema~

Untuk segala liputan kami tentang Pokemon Unite, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MOBAMobilePokemon UniteSkinskin mahal
Previous Post

CD Projekt Red menangguhkan pelepasan versi baru Cyberpunk 2077 dan Witcher 3 ke tahun 2022!

Next Post

Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif
Jom Singgah!

SEGA STORE TOKYO Dibuka di Shibuya, Membawa Barangan Eksklusif & Pengalaman Imersif

July 2, 2025
Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?
Panduan

Honkai: Star Rail Version 3.4 – Banner Mana Yang Patut Jadi Keutamaan?

July 2, 2025
Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan
Panduan

Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan

July 2, 2025
Next Post
Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!

Boruto: Rahsia di sebalik kekuatan KARMA telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd