Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Unite bakal tiba di mobile anda bermula 22 September ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 18, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, MOBA, Mobile, Platform
0 0
0
Pokemon Unite bakal tiba di mobile anda bermula 22 September ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini semasa acara Pokemon Presents, kita telah diumumkan bahawa Pokemon Unite Mobile telah mempunyai tarikh pelepasan rasmi, dan akan dilancarkan pada 22 September 2021! Sebelum ini, game tersebut telah mendapat pelancarannya pada bulan Julai yang lalu dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat Pokemon!

Anda kini boleh mula membuat pra-pendaftaran untuk Pokemon Unite mobile di peranti iOS dan Android hari ini! Dengan mendaftar lebih awal, pemain akan menerima hadiah bonus seperti Pikachu khas di in-game nanti. Pokemon Unite Mobile juga boleh dimainkan secara crossplay bersama pemain Nintendo Switch, jadi anda akan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan tidak kira di platform mana sahaja!

Sebagai tambahan kepada tarikh pelepasan game ini ke mobile, pemain telah dimaklumkan bahawa terdapat dua lagi Pokemon akan ditambahkan dalam senarai watak yang boleh dimainkan. Kedua-dua pokemon tersebut adalah Mamoswine dan Sylveon, yang bakal tiba pada 22 September nanti. Sebelum ini, Gardevoir telah ditambahkan ke dalam barisan Pokemon untuk mereka yang bermain sebagai Attacker.

Untuk pengetahuan anda juga, Blissey baru saja dimasukkan dalam kemaskini yang dilancarkan di Pokemon Unite versi Switch hari ini. Malah, tidak lama lagi pemain Pokemon Unite Switch pula, akan dapat menebus satu Pokemon baru bernama Zeraora di dalam game sebelum 31 Ogos nanti! Jadi, jangan lupa untuk kemaskini game anda sekarang!

Pokemon Unite adalah game MOBA free-to-play yang menampilkan pertempuran pasukan 5v5. Pemain perlu mengawal salah satu Pokemon dan meningkatkannya dengan mengalahkan Pokemon liar dan lawan. Anda juga perlu mengumpulkan Aeos Energy dari Pokemon liar dan cuba menjaringkan gol di bahagian jaring lawan. Walaupun game ini mempunyai kekurangan beberapa ciri dari game Pokemon tradisional, ia masih merupakan gabungan MOBA dan Pokemon yang seronok untuk dimainkan!

Pokemon Unite Mobile bakal dilancarkan pada 22 September 2021 melalui Android dan iOS. Ia juga bakal menampilkan Mamoswine dan Sylveon sebagai tambahan kepada barisan Pokemon yang boleh dimainkan. Pokemon Unite Mobile akan mendapat sokongan crossplay bersama pemain Switch dan bekerjasama dengan mereka untuk mengalahkan pihak lawan. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Pokemon Unite, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Muat turun di sini
Pokémon Unite
Publisher: Tencent Games
Developer: TiMi Studios
Release Date TBC
Android, iOS, Nintendo Switch
Pokémon Unite adalah permainan video arena pertempuran dalam talian percuma untuk dimainkan yang akan dimajukan oleh TiMi Studios dan diterbitkan oleh Tencent bekerjasama dengan Syarikat Pokémon untuk Android, iOS, dan Nintendo Switch. Perkara itu diumumkan dalam persembahan Pokémon Presents pada 24 Jun 2020.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pokemonPokemon PresentsPokemon Unite Mobile
Previous Post

ROG Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition Mengharmonikan Teknologi dan Muzik

Next Post

Pokemon Legends: Arceus bersifat open-world, gameplay pertama didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pokemon Legends: Arceus bersifat open-world, gameplay pertama didedahkan!

Pokemon Legends: Arceus bersifat open-world, gameplay pertama didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd