Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon TV kini boleh didapati di Nintendo Switch, termasuk anime & filem!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Pokemon TV kini boleh didapati di Nintendo Switch, termasuk anime & filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon TV kini tersedia secara percuma di Nintendo Switch dan ia merangkumi banyak kandungan termasuk anime, filem dan rancangan TV! Tidak seperti PlayStation atau Xbox, Switch tidak mempunyai banyak aplikasi streaming untuk dipilih. Walaupun sudah berusia empat tahun, saya pun tidak tahu mengapa konsol ini masih tidak mempunyai Netflix sedangkan banyak siri Pokemon sudah dikeluarkan di perkhidmatan tersebut berkali-kali.

Nasib baik lah, kita kini ada Pokemon TV, sebuah perkhidmatan streaming yang mengandungi pelbagai jenis kandungan Pokemon yang membolehkan kita menonton tanpa perlu bayar walau satu sen.

Anda boleh lihat treler di bawah untuk gambaran visual yang lebih jelas:

Pokemon TV menampilkan episod-episod dari siri anime, beberapa filem Pokemon, dan rakaman video dari kejohanan kompetitif Pokemon. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Pokemon TV, pengguna sepatutnya dapat log masuk pada Switch mereka setelah memuat turun aplikasi. Jika anda tidak mempunyai akaun, itu pun tidak menjadi masalah kerana anda boleh log masuk sebagai “guest” dan terus menonton beberapa rancangan Pokemon kegemaran.

RelatedPosts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

You Can Now Watch Pokemon TV on Nintendo Switch | TechRaptor

Antara rancangan Pokemon TV yang kita boleh menonton di Nintendo Switch termasuk siri aslinya, Pokemon Journeys, siri Diamond and Pearl, dan lain-lain. Ini pun merupakan salah satu cara terbaik untuk mempersiapkan peminat untuk kemunculan Brilliant Diamond dan Shining Pearl pada hujung tahun ini. Jika anda rasa malas untuk bermain versi Diamond & Pearl ori, tonton sahaja versi anime.

Seperti saya kata di atas, Nintendo Switch telah berusia empat tahun, tetapi itu tidak menjadikan konsol ini ketinggalan zaman. Sebaliknya, Nintendo Switch semakin meningkat dalam populariti sejak kebelakangan ini. Nintendo baru-baru ini mendedahkan bahawa konsol Switch telah mengedarkan lebih daripada 89 juta unit di seluruh dunia. Jumlah itu lebih tinggi daripada PS3 dan mungkin akan mengalahkan pencapaian Nintendo Wii yang merupakan konsol terlaris Nintendo buat masa ini.

Untuk segala liputan kami tentang Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.

Sumber – Pokemon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenintendo switchPokemon TV
Previous Post

Dapatkan Battlefield V diskaun 90% di Steam juga mainkan percuma hujung minggu ini!

Next Post

[UPDATE] Comel!! Animal Crossing x PUMA Wild Rider nampaknya akan tiba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
[UPDATE] Comel!! Animal Crossing x PUMA Wild Rider nampaknya akan tiba!

[UPDATE] Comel!! Animal Crossing x PUMA Wild Rider nampaknya akan tiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd