Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Sleep raih 10 juta muat turun di seluruh dunia! Tidur ditemani Pokémon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pokémon Sleep raih 10 juta muat turun di seluruh dunia! Tidur ditemani Pokémon!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru dilancarkan hujung lepas, ternyata Pokémon Sleep cukup popular di seluruh dunia kerana The Pokémon Company hari ini berkongsi bahawa game tersebut telah meraih lebih 10 juta muat turun! Sempena pencapaian ini, pengguna Pokémon Sleep (tersedia untuk iOS dan Android) boleh menerima pelbagai ganjaran in-game, mulai sekarang hingga Jumaat, 22 September iaitu:

Kredit: The Pokémon Company
  • Sleep Point ×1,000
  • Good Camp Ticket ×1
  • Poké Biscuit × 5
  • Ingredient Ticket S ×3

Bagi mereka yang kurang tahu, Good Camp Ticket ialah item istimewa yang membolehkan pemain meminjam Good Camp Set selama tujuh hari – untuk membantu dalam “research” dan bantu menjaga Snorlax. Pokémon tambahan akan berkumpul semasa penyelidikan tidur, dan jika anda memberikannya Poké Biscuit semasa waktu makan, anda akan mendapat tiga kali ganda jumlah friendship point.

Menggunakan Good Camp Ticket juga akan mempunyai efek lain, seperti meningkatkan saiz cooking pot sebanyak 50% dan mempercepatkan bantuan yang diperoleh daripada Pokémon helper. Anda boleh menggunakan Ingredient Ticket untuk mendapatkan pelbagai bahan bagi menjaga Snorlax dengan lebih baik.

Selain ganjara yang disebutkan tadi, acara The Good Sleep Day akan diadakan mulai hari Rabu 30 Ogos, sehingga Jumaat 1 September 2023. Dalam event ini, Drowsy Power akan digandakan sebanyak x1.5 hingga x2 bergantung kepada fasa bulan! Selepas itu, acara ini akan diadakan sebulan sekali selama tiga hari: pada hari bulan purnama dan hari-hari sebelum dan selepasnya.

Kredit: The Pokémon Company

Rumusan:

Kredit: The Pokémon Company

Kalau dalam game Pokemon lain, anda perlu lengkapkan Poke Dex, tetapi berbeza dengan Pokemon Sleep, anda akan lengkapkan Sleep Style Dex. Pokémon Sleep memantau tidur pemain dan memberi ganjaran untuk tidur yang sihat dan lama. Lebih bagus anda tidur, lebih banyak Pokemon yang tertarik dengan anda. Untuk rumusan lebih lengkap, anda boleh baca artikel kami di SINI.

Jika berminat, jangan tunggu lagi. Muat turun Pokemon Sleep sekarang di Android ataupun iOS, alang-alang ia kini tersedia di Malaysia! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PokémonPokémon Sleep
ShareTweetSend
Previous Post

TAGCC Akan Kembali Pada 23- 24 September 2023! Ini Info Penuh Acara!

Next Post

Interview Kriegsfront Tactics – Perang mecha berlatarkan Asia Tenggara! [BIC23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Interview Kriegsfront Tactics – Perang mecha berlatarkan Asia Tenggara! [BIC23]

Interview Kriegsfront Tactics - Perang mecha berlatarkan Asia Tenggara! [BIC23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd