Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Scarlet & Violet akan tiba hujung 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Pokemon Scarlet & Violet akan tiba hujung 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Game next-gen seterusnya, Pokemon Scarlet & Violet, telah didedahkan di acara Pokemon Presents malam tadi di mana kami mendapat pandangan yang agak mendalam bagi gameplay termasuk gambaran keseluruhan dan imej untuk starter Pokemon baru. Game ini akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada hujung tahun 2022.

Scarlet & Violet nampaknya meminjam banyak mekanik daripada Pokemon Legends: Arceus dengan konsep open-world yang besar. Salah satu perubahan terbesar ialah Pokemon kini akan berkeliaran di hutan liar dan di dalam bandar. Sebelum ini mereka hanya akan berdiri di sebelah Trainer jika di dalam bandar, tetapi kali ini Pokemon kelihatan sedang berjalan dan terbang di dunia sekitar. Selain itu, NPC juga akan berjalan di sekitar jalan, dan bukan hanya berdiri di suatu tempat untuk menunggu pemain bercakap dengan mereka. Terdapat juga lebih banyak variasi untuk bangunan, dan semuanya lebih terperinci.

Secara keseluruhan, Pokemon Scarlet & Violet menumpukan banyak perhatian pada aspek “realistik”. Bagi Starter, tiga Pokemon yang anda boleh pilih sebagai pasangan ialah Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly. Berikut adalah imej serta bio:

  • Sprigatito
    • Category: Grass Cat Pokemon
    • Height: 1’4″
    • Weight: 9 lbs.
    • Type: Grass
    • Ability: Overgrow
  • Fuecoco
    • Category: Fire Croc Pokemon
    • Height: 1’4″
    • Weight: 21.6 lbs.
    • Type: Fire
    • Ability: Blaze
  • Quaxly
    • Category: Duckling Pokemon
    • Height: 1’8″
    • Weight: 13.4 lbs.
    • Type: Water
    • Ability: Torrent
  • Trainer versi Scarlet
  • Trainer versi Violet

Selepas dikeluarkan, Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet dapat dipautkan dengan Pokemon HOME, perkhidmatan yang membolehkan korang menyimpan keseluruhan koleksi Pokemon di satu tempat. Dengan menyambungkan game ini dengan Pokemon HOME, Pokemon dari wilayah lain boleh digunakan dalam game ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchpokemonPokemon ScarletPokemon Violet
Previous Post

Digimon Survive bertukar developer, masih tiada tarikh pelancaran

Next Post

CODEX bersara selepas 8 tahun cetak rompak game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
CODEX bersara selepas 8 tahun cetak rompak game

CODEX bersara selepas 8 tahun cetak rompak game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd