Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2025
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company dan Game Freak telah mengesahkan bahawa Pokémon Legends: Z-A akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada hujung tahun 2025.

Entri terbaru dalam francais Pokémon ini membawa pemain ke Lumiose City, pusat wilayah Kalos, di mana satu projek pembangunan semula bandar sedang dijalankan untuk mencipta sebuah kota yang benar-benar membolehkan manusia dan Pokémon hidup bersama secara harmoni.

Setibanya di Lumiose City, pemain dapat meneroka keindahan kota ini dengan Prism Tower yang megah berdiri di tengah-tengahnya. Pada awal pengembaraan, anda akan memilih salah satu daripada tiga Pokémon untuk menjadi teman perjalanan—Chikorita, Tepig, atau Totodile.

Sepanjang perjalanan, anda akan bertemu dengan pelbagai watak yang akan membentuk pengalaman anda di kota ini.

Kredit: Game Freak

Bagi memupuk hubungan harmoni antara manusia dan Pokémon, Lumiose City telah mewujudkan Wild Zones—kawasan khas di mana Pokémon liar boleh berkeliaran dengan bebas dalam habitat semula jadi mereka. Wild Zones menjadi tempat utama untuk trainer bertemu dan menangkap Pokémon.

Mekanik penangkapan kini lebih terperinci—pemain perlu menyasar dengan teliti sebelum melontarkan Poké Ball. Jika Pokémon sukar ditangkap, jurulatih boleh mengarahkan Pokémon mereka untuk menyerang dan melemahkannya terlebih dahulu sebelum mencuba lagi.

Kredit: Game Freak

Pokémon Legends: Z-A turut memperkenalkan sistem pertempuran yang berbeza daripada format tradisional turn-based. Kini, setiap serangan mempunyai jarak dan kesan kawasan tersendiri, memerlukan pemain untuk menyusun strategi dalam menentukan masa dan posisi yang tepat.

Semasa pertempuran, trainer perlu menggerakkan Pokémon mereka secara aktif, mengelak serangan musuh, serta menukar Pokémon pada saat yang sesuai untuk mendapatkan kelebihan.

Selain itu, Mega Evolution kembali dalam game ini, membawa kuasa baharu yang lebih hebat ke dalam pertempuran. Apabila Keystone milik trainer bergema dengan Mega Stone yang dipegang oleh Pokémon mereka, transformasi sementara tetapi berkuasa akan berlaku, membuka abiliti baharu yang mampu mengubah arus perlawanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pokémon Legends: Z-A
ShareTweetSend
Previous Post

NetEase Buka Pra-Pendaftaran untuk “Racing Master,” Game Lumba Paling Realistik di Mobile!

Next Post

Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer

Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd