Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Go membuat crossover kejutan bersama One Piece!

Pikachu bertemu Luffy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2019
in Acara, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pokemon Go membuat crossover kejutan bersama One Piece!
Share on FacebookShare on Twitter

Straw Hat Pirates mempunyai anggota krew baru iaitu- Pikachu daripada Pokemon Go! Pada 15 Julai 2019, Pokemon Go mengumumkan bahawa seekor Pikachu yang memakai topi jerami khas daripada siri anime terkenal One Piece akan muncul di seluruh dunia pada 22 Julai.

Pikachu yang berpakaian baru ini akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen yang menyokong pembinaan semula wilayah Kumamoto, yang dilanda gempa bumi dahsyat pada tahun 2016. Event baru ini juga akan meraikan beberapa peristiwa penting seperti- ulang tahun ke-3 pelancaran Pokemon Go di Jepun dan ulang tahun ke-22 bagi One Piece.

Jadi mengapa Pokemon Go membuat crossover bersama One Piece? Ini kerana pencipta One Piece, Eiichiro Oda turut menyertai dengan pembinaan semula wilayah Kumamoto dengan mendermakan beberapa arca yang memaparkan Straw Hat Pirate, yang akan dipasang di sekitar wilayah tersebut. Arca-arca ini juga akan diubah menjadi PokeStop, yang menampilkan imej-imej berurutan khas dilukis oleh Oda yang akan membentukkan sebuah komik. Di samping itu, pemain juga boleh memperolehi topi jerami Luffy sebagai costume item untuk avatar mereka.

Acara istimewa Pokemon Go ini akan berlangsung dari 22 Julai sehingga 29 Julai. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di laman web Jepun Pokemon Go.

Sumber – Laman web Jepun Pokemon Go

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CrossoverEiichiro OdaKumamotoone piecepikachuPokemon GOStraw Hat Pirates
Previous Post

Inilah Cara PUBG Management Menyiasat ‘Cheater’ di dalam Game!

Next Post

Tanpa apa-apa amaran, Fortnite telah membuat perubahan besar kepada Team Rumble!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tanpa apa-apa amaran, Fortnite telah membuat perubahan besar kepada Team Rumble!

Tanpa apa-apa amaran, Fortnite telah membuat perubahan besar kepada Team Rumble!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd