Di ulasan kami yang lalu, Sony Interactive Entertainment Malaysia telah membuka banyak peluang kerja yang boleh dimohon di CareerBraves. PlayStation Studios Malaysia masih lagi mengongsikan jawatan kosong yang boleh anda mohon sekarang!
PlayStation telah menjadi antara nama besar dalam industri permainan digital dengan menghasilkan pelbagai konsol permainan termasuk konsol gen baru, PlayStation 5. Produk mereka berjaya memberikan keseronokkan kepada pengguna dengan pengalaman bermain yang luar biasa, canggih dan akses ke pelbagai jenis media.
We’re going to have a space soon. (Temporary) Yeay @PlayStation Studios Malaysia! #PlayHasAHome(temp)
— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) April 3, 2021
Baru-baru ini, Hasnul Hadi Samsudin, Presiden SIES Malaysia / PlayStation Studios Malaysia berkongsi berita menarik di Twitter-nya. Mereka membuka studio sementara di Malaysia, namun masih belum diumumkan lokasi rasminya. Beliau juga turut berkongsi mengenai kerjasama PlayStation Studios Malaysia dengan komuniti Komune Co-Working.
Antara jawatan yang dibuka adalah:
- Environment Artist – Mengawasi dan memiliki kemampuan untuk membuat lingkungan dan alat peraga kualitas sinematik dalam permainan dan dalam permainan dalam berbagai gaya.
- Technical Artist – Peranan itu memerlukan pemahaman mengenai prinsip pengeluaran permainan, pengalaman menyokong saluran pengeluaran kandungan, kepakaran menggunakan pakej pengarang 3D seperti Maya, kemahiran pengekodan yang kuat, dan keinginan yang paling penting untuk menjadikan proses lebih baik dan kehidupan orang lebih mudah.
- Software Engineer – Peranan ini memerlukan kecekapan dalam sekurang-kurangnya satu bahasa pengaturcaraan teras, keakraban dengan saluran kesan visual dan alat pembuatan kandungan digital, kemahiran reka bentuk perisian yang kuat, dan dedikasi untuk menulis kod yang kuat dan dapat dikekalkan.
- Senior Technical Artist – Seni teknikal adalah istilah yang luas dan calon yang berkelayakan akan bertanggungjawab sebagai jambatan antara seni, animasi, produksi dan pengaturcaraan
- Senior VFX Artist – Sekiranya anda mempunyai kemampuan untuk membuat persekitaran dari kedua konsep terperinci dan satu gambar, mereka ingin menyampaikannya kepada anda! Sekiranya anda dapat mengambil dan memberikan arah dari konsep atau arah kasar hingga model / tekstur akhir, lebih baik lagi!
Dan selebihnya:
- Pipeline Engineer Manager
- Senior Environment Artist
- Senior Character Artist
- Animator: Cinematic & InGame
- Senior Software Engineer – KL
- Dev Ops Engineer
- Senior Dev Engineer Ops – KL
- Senior Pipeline Engineer Manager
- Senior Lighting Artist
It maybe April Fools, but it’s good news for us. Meet our first animators at @PlayStation Studios Malaysia.
Say hello to Nikky and MengYee (on the left) and our amazing Head of Animation @kennmcdonald
More to come on them. The band is coming together just fine! #PlayHasNoLimits pic.twitter.com/uhVTjnuNyG— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) April 1, 2021
Pastinya anda akan gembira bila dapat pengalaman bekerja dengan syarikat permainan digital terkenal ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom mohon sekarang dan cuba mengambil peluang untuk bekerja di PlayStation Studios Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post