PlayStation adalah salah satu jenama gaming paling terkenal di dunia, dan menjadi kuasa dominan dalam industri konsol selama hampir tiga dekad. Menurut khabar angin, nampaknya mereka ingin kembali ke pasaran “gaming on-the-go” kerana sebuah paten baru menunjukkan bahawa sejenis “PlayStation Mobile Controller” sedang dalam pembikinan.

Asalnya diperhatikan oleh Andy Robinson dari VGC, paten itu secara khusus adalah untuk gamepad yang boleh dipakai pada peranti mobile dan mempunyai reka bentuk diinspirasikan oleh DualShock 4. Paten tersebut telah difailkan pada awal minggu ini oleh Sony Interactive Entertainment (Jepun). Seperti yang dinyatakan di atas, gamepad ini menampilkan “grip kiri dan kanan” yang dimodelkan mengikut controller DualShock 4 (PS4) dan bukannya DualSense (PS5).
Ini dapat dilihat pada reka bentuk dan susun atur butang. Apa yang tidak ditunjukkan dalam lukisan adalah bahagian “genggam” (tempat kita meletakkan smartphone) yang membolehkan pengguna menukar sudut tontonan untuk peranti.

Berita tentang “PlayStation Mobile Controller” datang selepas Sony mengumumkan niat untuk fokus pada pasaran mobile gaming. Pada bulan Oktober lalu, Sony melantik Nicola Sebastiani untuk mengetuai PlayStation Studio’s Mobile Division, selepas menghabiskan lapan tahun di Apple dalam jabatan yang uruskan perkara sama.
Bagi mereka yang tidak tahu, PlayStation sudah lama wujud di peranti mobile dan terdapat beberapa contoh seperti Run Sackboy! Run dan Uncharted: Fortune Hunter. Pada masa yang sama, PlayStation juga menghasilkan companion app seperti God of War – Mimir’s Vision dan Erica.

Sebuah “mobile controller” pasti akan menjadi aksesori yang bagus untuk mereka yang ingin menggunakan PS Remote Play, tetapi kita tidak tahu jika peranti ini akan serasi dengan game mobile PlayStation sahaja atau developer perlu menambahkan beberapa pilihan khusus untuk menyokong peranti? Ini kerana tidak semua game mempunyai “controller support”. Walau apa pun, paten di atas adalah bukti bahawa Sony amat serius untuk mengembangkan jenama PlayStation kepada pasaran mobile.
Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.
Sumber – VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post