Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Ingin Pujuk Pemain PC Beralih Ke Konsol, Menurut CEO Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2024
in Artikel, Berita, Industri, PC, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Ingin Pujuk Pemain PC Beralih Ke Konsol, Menurut CEO Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui sesi Q&A bersama Hermen Hulst, CEO SIE Studio Business Group dan Hideaki Nishino, CEO SIE Platform Business Group, mereka mendedahkan bahawa Sony merancang untuk menyakinkan pemain PC supaya beralih ke konsol PlayStation melalui strategi pemasaran terkini.

Hermen Hulst, soon to be co-CEO of Sony’s PlayStation business, addresses day 1 PC releases. Live service games will come day and date on PS5 and PC, but single player narrative games on PC are designed to then entice PC owners to play sequels on a PlayStation console pic.twitter.com/uAO0stlBS6

— Tom Warren (@tomwarren) May 29, 2024

Berita ini asalnya dilaporkan oleh Tom Warren (editor senior di The Verge), yang memuat naik klip Hulst sedang menjelaskan strateginya.

Menurut GamerBraves, Hermen Hulst (sebagai CEO baharu) memberi penjelasan tentang game yang dikeluarkan di PC pada hari pertama. Secara am, game yang berunsur live-service (memerlukan internet) akan dikeluarkan sekaligus pada PC dan PlayStation 5 (PS5). Sebaliknya, game naratif single player yang dikeluarkan di PC direka untuk menarik pemain PC supaya memainkan sekuel pada konsol PlayStation.

Kredit: SIE

Bak kata Hulst:

“Kami mempunyai dua pendekatan di sini. Di hal live service, kami mengeluarkan judul kami secara sekaligus, hari dan tarikh [sama[ pada PlayStation 5 dan PC. Tetapi dengan judul tentpole kami, game naratif single-player kami, seperti yang anda lihat pada pembentangan – tulang belakang yang disampaikan oleh PlayStation Studios sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sejarah kami, kami mengambil pendekatan yang lebih strategik dan memperkenalkan francais hebat kami kepada penonton baharu.”

“Kami sedang mencari khalayak baharu yang berpotensi akan sangat berminat untuk memainkan sekuel di platform PlayStation. Kami mempunyai harapan yang tinggi bahawa kami sebenarnya dapat membawa pemain baharu ke dalam PlayStation secara am, tetapi ke platform PlayStation secara khusus.”

Kredit: SIE

Itu tidak bermaksud game single-player PlayStation tidak akan dikeluarkan di PC, cuma ia akan dikeluarkan di PS dahulu, lalu diikuti oleh PC pada tarikh kemudian.

Masih di topik yang sama, Hideaki Nishino menambah bahawa PlayStation melihat platform sebagai peluang untuk pertumbuhan dan bukannya “kanibalisme”. Sebagai contoh, beliau bercakap tentang keluaran Ghost of Tsushima baru-baru ini di PC:

“Pengalaman network yang terhad pada masa lalu kini telah dikembangkan kepada PC daripada konsol. Nilai konsol akan terus kekal dan misi kami adalah untuk terus menggilapnya dari PC ke konsol.”

Maka, itulah yang dibincangkan oleh PlayStation tentang pemasaran game mereka di platform PC. Apa pendapat anda?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCplaystationps5
ShareTweetSend
Previous Post

Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!

Next Post

Nikke Coin Rush Cafe Akan Dibuka Di Malaysia, Jom Jumpa Awek Bunny!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nikke Coin Rush Cafe Akan Dibuka Di Malaysia, Jom Jumpa Awek Bunny!

Nikke Coin Rush Cafe Akan Dibuka Di Malaysia, Jom Jumpa Awek Bunny!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd