Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pikachu Terkejut VS Sasuke Dicekik: Meme anime mana yang memenangi 2019?

Sehingga hari ini masih digunakan. Mana satu kegemaran kamu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pikachu Terkejut VS Sasuke Dicekik: Meme anime mana yang memenangi 2019?
Share on FacebookShare on Twitter

“Meme” diwujudkan untuk membuat kita ketawa, dan ia kini menjadi sesuatu yang bermakna kepada orang ramai, serta menjadi sebahagian daripada komunikasi antara masyarakat. 2019 memaparkan “meme anime” seorang budak emo sedang dicekik dan seorang makhluk aneh yang kelihatan terkejut.

Amat mengejutkan, “meme Sasuke dicekik” dan “Pikachu terkejut” masih digunakan sehingga hari ini. Mereka berjaya bertahan kerana kelucuan dan betapa praktikal kedua-dua “meme” ini dalam mana-mana situasi. Satu soalan sahaja yang timbil! “Meme anime ” manakah yang benar-benar memerintah tahun 2019?

Sasuke Dicekik

https://twitter.com/nezushipls/status/1205584685453041665?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1205584685453041665&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cbr.com%2Fsurprised-pikachu-vs-sasuke-choke-anime-meme-2019%2F

Macam-macam “meme” lucu keluar pada penghujung 2018, tetapi “meme Sasuke dicekik” masih berjaya menjadi antara “meme” paling popular pada awal tahun 2019. Meme ini berasal dari episod 85 dari anime Naruto, di mana Uchiha Sasuke sedang dicekik oleh abangnya, Uchiha Itachi, dan digelar lemah. Adegan ikonik ini kemudiannya diparodikan dalam tweet yang kini sudah dipadamkan pada 13 Januari (boleh lihat meme ini di bawah). Tweet tersebut telah buang Itachi dari adegan, dan menggunakan format multi-image di Twitter, pengguna itu menggantikan Itachi dengan kucing oren gebu. Ini membawa kepada pelbagai meme yang melibat Sasuke dicekik oleh pelbagai individu atau haiwan.

Pikachu Terkejut

“Meme Pikachu terkejut” adalah salah satu idea yang paling hebat dan mudah dan sebenarnya telah wujud pada tahun 2018. Sama seperti “meme Sasuke“, “Pikachu terkejut” adalah screenshot daripada anime. Khususnya, episod berjudul “Bulbasaur and the Mysterious Village.” Meme yang berasal dari Tumblr ini mewakili saat muka sesorang sedang terkejut tetapi perkara yang ingin disampaikan tidak begitu hebat pun. Meme ini dimuat naik di dalam internet, dan terus mendapat populariti untuk sifat kesederhanaannya dan praktikal.

Kesimpulan

“Meme Sasuke dicekik” memuncak populariti sebelum akhirnya mati. Kebanyakan meme mengikuti proses yang sama. Walau bagaimanapun, menurut Google Trends, “meme Pikachu terkejut” masih popular sehingga hari ini – satu pencapaian yang mustahil untuk meme biasa. Sekiranya ini adalah perlawanan perlawanan sebenar, memang jelas bahawa Pikachu telah menewaskan Sasuke.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2019animememepikachusasuke
Previous Post

Mod PUBG Mobile Payload x War terbaru? Apa sebenarnya ada dalam mod terbaru ini?

Next Post

Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!

Patapon 2 akan diremake?! Juga demo Final Fantasy VII Remake akan berada di PlayStation 4 tahun 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd