Game Persona 5 kembali menemui peminat dengan spin-off terbaharu yang bertajuk Persona 5 Tactica (P5T)! Berbeza dengan spin-off sebelum ini “Strikers”, Tactica membawa pemain mengalami dunia Strategi RPG, di mana anda perlu menyusun strategi anda menggunakan watak dan persekitaran. Mungkin ada antara anda yang tidak berapa minat dengan game strategi, tetapi game ini cukup kasual untuk anda mainkan. Jadi mungkin anda akan tertarik untuk bermainnya. Jadi tanpa membuang masa, inilah review penuh kami untuk Persona 5 Tactica!
Kisah & Persembahan
Persona 5 Tactica membawa Phantom Thieves ke sebuah Metaverse baharu yang memperkenalkan mereka kepada watak baru, Erina. Kami tidak akan beri spoiler lebih, tetapi percayalah bahawa ceritanya boleh tahan seronok seperti game Persona yang lain. Ceritanya disusun dengan cukup baik dan tiada satu perkara pun yang diabaikan. Ia juga agak linear walaupun ada beberapa pilihan jawapan yang memberikan cutscene berbeza. Cuma ada satu masa sahaja pilihan anda akan menjadi penting kerana ia memberikan perspektif yang berbeza untuk satu scene yang sama, babak di mana mereka perlu berpisah kepada dua kumpulan.
Pacing cerita juga agak baik dengan setiap kingdom mempunyai arc cerita tersendiri. Walaupun begitu ada juga bahagian yang kami rasa cerita itu dipanjangkan untuk menjadi lebih lama. Ada kemungkinan juga ia panjang sebab Metaverse kali ini berbeza daripada apa yang pernah dialami oleh Phantom Thieves. Selain itu, terdapat juga Quest dan Talk yang mengembangkan lagi cerita utama. Untuk Quest, ia seperti sub-quest seperti game RPG yang lain. Kalau anda lakukannya, anda akan mendapat ganjaran dan sudah tentu pelbagai benda yang berlaku semasa Quest. Talk pula lebih ke arah cerita utama, anda tidak perlu melakukannya tetapi anda akan mengetahui sesuatu yang lebih banyak kalau anda lakukannya.
Bercerita tentang Persona ada banyak sahaja benda yang peminat akan puji, antaranya muziknya. Persona 5 Tactica juga menyajikan muzik hebat daripada pembukaan sehinggalah muzik battle. Persembahan hebat nyanyian Lyn menambahkan lagi faktor “wow” pada muzik game ini.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, artstyle yang digunakan dalam P5T membawa watak-watak dalam bentuk chibi dan sememangnya sangat sesuai untuk game ini. Mereka juga semuanya comel-comel belaka. Video pembukaan juga kelihatan gah malah cutscene 3D dalam game juga memang sedap dipandang. Ia kelihatan sangat lancar malah menunjukkan emosi watak dengan baik.
Gameplay
Memandangkan spin-off kali ini berbeza dengan siri utama Persona, sudah tentu ada beberapa mekanik baharu yang diperkenalkan. Walaupun begitu, masih ada elemen-elemen Persona 5 yang dibawa ke dalam game ini.
Seperti game turn-based strategy yang lain, cara anda bergerak dan jarak serangan anda berpandukan grid pada lantai game. Tetapi anda bebas bergerak untuk bergerak dari pelbagai arah. Jadi kalau anda ingin menggunakan skill atau menyerang, anda akan terus kena snap kepada grid tersebut. Jadi anda tidak perlu menyusahkan diri untuk betulkan kedudukan anda untuk menyerang.
Kawasan sekeliling anda adalah penting kerana anda perlu mencari tempat berlindung. Terdapat dua jenis cover, iaitu full height atau half height. Untuk Full height, ia akan menyekat serangan lawan sepenuhnya, manakala half height akan membuatkan damage dikurang separuh. Ia tertakluk kepada kedua-dua pemain dan musuh. Kalau anda menyerang seseorang yang tidak berlindung, anda akan jatuhkan mereka dan mendapat peluang untuk One More, yang memberikan anda giliran tambahan.
Kalau ada musuh yang berlindung, senang sahaja untuk keluarkan mereka. Anda boleh menggunakan skill Persona atau halau mereka daripada tempat tersebut. Anda juga boleh menghalau musuh ke dalam orang lain termasuk ahli parti anda dan ia akan memberikan damage kecil pada penerimanya. Ada banyak lagi kelebihannya dalam game, jadi gunakannya dengan sebaiknya.
All-Out Attack juga tersedia dalam P5T cuma namanya sedikit berbeza iaitu Triple Threat. Ciri lain seperti Baton Pass dan Elemen Persona turut dikekalkan dalam spin-off ini. Kalau ada watak yang tidak melakukan sebarang aksi, ia akan Charged, yang akan memberikan buff kepada watak. Setiap watak mempunyai Charge buff berbeza. Cuma Erina mendapat sedikit kelebihan yang membolehkannya untuk menyerang musuh walaupun ia berselindung. Watak juga mempunyai skill Ultimate tersendiri yang dipanggil Voltage. Jadi pastikan anda manfaatkannya semasa bertarung.
Reka bentuk peta & musuh
Rekaan peta dalam Person 5 Tactica menjadikan mekanik taktikalnya terasa lebih intuitif untuk digunakan. Sekali pandang sahaja, anda sudah tahu untuk rancang serang balas anda. Anda juga akan diperkenalkan kepada beberapa gimik pada peta tersebut sambil anda progress dalam game ini.
Ia membuatkan gameplay terasa berbeza antara satu sama lain, dan bukanlah peta yang sama tetapi diubah sedikit sahaja. Anda akan terus belajar tentang cara memanfaatkan kesemua gimik yang tersedia. Ada juga beberapa peta yang membuatkan game ini seperti puzzle gergasi. Ia membuatkan kami terasa puas hati apabila berjaya menyelesaikannya.
Bercerita tentang musuh, terdapat enam jenis musuh yang kami jumpa. Masing-masing mempunyai serangan dan skill berbeza untuk berlawan. Bagi kami mereka ini baik sahaja, cuma agak bosan juga melihat musuh yang sama berulang-ulang.
Perlawanan Boss yang menyeronokkan
Kami tidak berapa ingat berapa banyak boss fight yang kami tempuhi, tetapi ianya menyeronokkan. Cuma satu sahaja yang kami tidak gemar. Kita perlu berada dekat dengan boss dan menyerangnya sebanyak tiga kali.
Pertarungan di First Kingdom sangat menyeronokkan untuk dimainkan. Terdapat pelbagai fasa di mana dia melakukan perkara yang berbeza. Bersembunyi di sebalik serpihan yang jatuh, menendang sejambak bunga letupan kepadanya, melarikan diri daripada kereta sambil berebut-rebut mencari perlindungan, seronok apabila bos seperti ini bergaduh, dan selebihnya mempunyai vibe yang sama.
Mekanik Role Playing
Mekanik role-playing P5T tidaklah begitu teruk cuma ia tidak begitu luas. Skill Tree hanyalah game nombor biasa dan mudah, meningkatkan serangan, damage, pergerakan dan perkara yang berkait. Walaupun terdapat skill khusus unik untuk setiap watak yang berbeza tetapi ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Untuk peralatan pula, anda hanya boleh mengubah pistol sahaja. Pistol yang tersedia mempunyai stat berbeza untuk serangan dan jarak. Jika anda fuse Persona untuk senjata, anda akan mendapat masalah.
Berbeza dengan game asal, Joker tidak boleh mengubah Personanya, tetapi semua orang dalam Phantom Thieves boleh menggunakan sub-Persona, yang memberikan mereka alat tambahan untuk pelbagai situasi. Ini menjadikan game ini lebih menarik, di mana watak boleh mempunyai pelbagai jenis skill Persona untuk digunakan.
Velvet Room & Persona
Tactica turut menghadirkan Velvet Room untuk anda menghasilkan Persona baharu, menghasilkan senjata mahupun menjual senjata. Seperti game P5, akan ada cutscene khas yang akan dimainkan apabila anda menghasilkan Persona mahupun senjata baru. Cara untuk dapatkan Persona juga sama seperti game asal iaitu dengan berlawan mereka atau melakukan fusion.
Terdapat tiga cara fusion untuk anda hasilkan Persona iaitu: Normal, Special Fusion dan Fusing by Result. Level fusion mestilah sama atau kurang daripada level anda untuk dihasilkan. Jadi naikkan level anda kalau ingin menggunakan Persona yang lebih berkuasa. Terdapat juga Compendium di mana anda perlu buka untuk mengetahui segala Persona yang ada.
Kesimpulan
Sejujurnya, Persona 5 Tactica merupakan game strategi RPG yang baik. Bukan sahaja ia membawa elemen daripada game asal dengan baik malah memberikan twist yang menarik padanya. Reka bentuk gameplay juga sangat intuitif dan mencabar dari semasa ke semasa. Cuma kadang-kadang penceritaannya terasa seperti dipanjangkan walaupun ia boleh diringkaskan. Skill tree dan peralatan game juga tidak dikembangkan dengan baik, dan agak terhad.
Secara keseluruhannya, ia sebuah game strategi yang baik buat peminat persona mahupun peminat game strategi. Kami juga dapat rasakan ia mampu menarik peminat Persona baharu nanti.
Persona 5 Tactica kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Game Pass, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Persona 5 Tactica
PROS
- Muzik dan gaya seni yang bagus
- Mekanik yang berbeza bergabung dengan baik dari segi taktik
- Masih mengekalkan vibe Persona
CONS
- Cerita walaupun bagus, ia seperti dipanjangkan dengan sengaja
- Skill Tree dan Sistem peralatan yang agak terhad
Discussion about this post