SEGA telah mengumumkan bahawa game Persona 3 Reload akan dilancarkan pada Xbox Game Pass dan platform lain pada 2 Februari 2024. Pre-order telah pun tersedia untuk game ini di PS Store dan Xbox. Terdapat beberapa edisi yang tersedia untuk peminat dapatkan. Bersama-sama pengumuman tersebut, kita juga didedahkan dengan trailer baharu game.
Seperti yang dinyatakan, Persona 3 Reload hadir dengan pelbagai edisi. Berikut adalah edisi yang tersedia untuk anda dapatkan:
- Standard Edition

- Digital Deluxe Edition
- Salinan game
- Pek DLC
- P3RE Digital Artbook
- Digital Soundtrack

- Premium Edition
- Salinan game
- P3RE Digital Artbook
- Digital Soundtrack

- Limited Box Edition (PS5/PS4)
- Salinan game (fizikal)
- SEES Battle Armband
- P3RE Artbook
- Original Soundtrack
- DLC — Set P4G Yasogami High & P4G Persona

- Aigis Edition Overview (PS5)
- Salinan game (fizikal)
- Aigis Figurine
- P3RE Artbook
- Original Soundtrack
- DLC — Set P4G Yasogami High & P4G Persona
Bonus Pre-order

Kalau anda membeli edisi fizikal atau pre-order versi digital Persona 3 Reload, anda akan mendapat bonus khas iaitu Persona 4 Golden BGM Set DLC. Track yang terkandung dalam set tersebut adalah:
- Reach Out to the Truth
- Time To Make History
- I’ll Face Myself -Battle-
- A New World Fool
- The Fog
- Results
Battle Track baharu didedahkan
Muzik untuk Persona 3 Reload dihasilkan oleh Atsushi Kitajoh daripada ATLUS Sound Team. Semua lagu lama telah dirakam semula, dan beberapa lagu kegemaran telah mendapat remix semula. Azumi Takahashi dan Lotus Juice menyediakan vokal untuk soundtrack. Banyak lagu baharu juga telah ditambah, termasuk lagu pembukaan dan muzik battle.
Persona 3 Reload akan dilancarkan pada 2 Februari 2024 di PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga tersedia untuk dimainkan melalui Xbox Game Pass pada hari pertama ia dilancarkan. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk melihat info watak-watak. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post