Attack on Titan (Shingeki no Kyojin) adalah sebuah anime yang agak popular dan kini akan datang ke peranti mudah alih korang dalam bentuk permainan strategi masa nyata yang inovatif. Pemaju mudah alih DeNA telah mengumumkan Attack on Titan TACTICS, sebuah permainan mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma di Android dan iOS. Kini ia dikatakan telah dilancarkan dan dimat turun di Jepun dan di Amerika dalam tahun ini juga.
Saksikan trailernya;
https://youtu.be/pO99JT32R0Y
Attack on Titan TACTICS akan dilengkapi dengan tiga mod permainan utama -iaitu mod cerita (Story mode) yang mengikuti jalan cerita anime, episod watak (Character Episode) yang menampilkan cerita asal, dan Acara terhad.
Dikatakan pemain harus memilih antara beberapa watak yang mempunya kelebihan kuasa sendiri, antara wataknya adalah Eren Jaeger, Mikasa Aekermann dan Armin Arlelt untuk menghentikan gelombang Titans dari memusnahkan pangkalan mereka. Kebolehan dan kuasa yang berbeza setiap watak antaranya adalah boleh menghalang atau membunuh Titans dengan pantas, tetapi Titans juga boleh menangkap ‘Scouts’. Jika ‘Scouts’ tidak dibebaskan dengan cepat, Titans akan memakannya dan pemain tidak dapat menggunakannya untuk pusingan permainan itu.
Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh checkout laman web Attack on Titan TACTICS (tekan sini)
Sumber: TouchArcade
@gamersantaimy
Discussion about this post