Dengan teknologi VR semakin berkembang, kita telah melihat pelbagai benda menarik seperti game, konsert, pameran dan banyak lagi. Lebih menarik sekali, sekolah pun bakal dilakukan secara VR nanti! Kalau anda ingin tahu, Jepun telah merancang untuk membangunkan sistem metaverse untuk sekolah VR, di mana pelajar-pelajar boleh menghadirinya dengan avatar 3D anime!

Melalui laporan daripada Automaton, pembangun VR dan metaverse AOMINEXT mendedahkan bahawa mereka akan mencipta sistem sekolah metaverse dengan kolaborasi bersama Yushi International High School. Sekolah maya itu akan mempunyai kursus berasaskan kredit selama tiga tahun dengan kurikulum yang diiktiraf oleh Kementerian Jepun. Dengan ini, pelajar boleh mendapatkan diploma yang sama seperti pelajar sekolah biasa.
Segala aktiviti seperti homeroom, kejohanan e-sukan dan festival sekolah akan turut diadakan secara maya. Jadi pelajar bebas untuk ke sekolah tanpa risau mengenai rupa, jantina dan keselamatan.

Lebih menarik lagi, sekolah metaverse itu akan menyediakan peralatan VR secara percuma dan pelajar boleh menghadiri sekolah itu di mana-mana sahaja, tidak kiralah di dalam Jepun ataupun luar negara. Pelajar juga akan hadir ke sekolah itu dengan avatar 3D bergaya anime tersendiri.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai sekolah metaverse ini, boleh ke laman web rasminya. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post