Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perang di Burning Hells kembali! Ujian beta awal Diablo II: Resurrected bermula 14 Ogos ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 11, 2021
in Artikel, Berita, Genre, MMO, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Perang di Burning Hells kembali! Ujian beta awal Diablo II: Resurrected bermula 14 Ogos ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard hari ini telah mengumumkan ujian akses awal untuk Diablo II: Resurrected bermula 14 Ogos jam 1 pagi waktu tempatan! Anda boleh menyertai ujian ini di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC sehingga 20 Ogos jam 1 pagi waktu tempatan. Untuk menyertai ujian ini, anda perlu membuat pra-pembelian Diablo II: Resborned atau Diablo Prime Evil Collection sebelum boleh mencuba akses awal. Ujian Beta Terbuka pula akan dibuka untuk semua platform pada 23 Ogos nanti.

Menurut laman rasmi Blizzard ujian beta ini akan dimainkan di semua konsol dan PC, kecuali Nintendo Switch. Pemain yang menggunakan konsol Xbox memerlukan Xbox Live Gold untuk pra-pesanan beta pada 13 Ogos nanti, tetapi tidak diperlukan semasa ujian beta terbuka pada 20 Ogos. Bagi pemain konsol PlayStation pula, mereka tidak memerlukan PlayStation Plus untuk menyertai ujian beta ini. Namun, Xbox Live Gold dan PlayStation Plus akan diperlukan untuk ciri multiplayer semasa pelancaran game penuh.

Setiap kemajuan pemain akan dibawa kedua-dua beta ini, tetapi tidak ada kemajuan yang akan dibawa dari beta yang dibuat semasa awal tahun lalu. Kemajuan silang juga akan tersedia untuk kedua-dua tempoh ujian, tetapi pra-pesanan yang berasingan diperlukan untuk setiap platform semasa ujian akses awal. Pemain tidak mempunyai had level di ujian beta ini, dan Blizzard tidak menjelaskan sama ada kemajuan mereka akan dibawa ke game penuh nanti.

Sama seperti ujian beta sebelum ini, hanya Act I dan Act II yang boleh anda mainkan. Blizzard juga akan menambah dua kelas baru, iaitu Paladin dan Druid sepanjang tempoh ujian berlangsung. Diablo II: Resurrected akan menerima dua kelas lagi, iaitu Assassin dan Necromancer di game penuh akan datang. Namun, kedua-dua kelas ini tidak akan tersedia semasa ujian akses awal dan beta dilakukan.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba ujian akses awal Diablo II: Resurrected, anda boleh menyertainya pada 14 Ogos jam 1 pagi nanti. Manakala ujian beta terbuka game akan bermula pada 23 Ogos untuk semua platform yang tersedia. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Diablo II: Resurrected, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Akses awalBlizzardDiablo II: Resurrectedujian beta
Previous Post

Idris Elba nampaknya akan menjadi Knuckles di Sonic the Hedgehog 2!

Next Post

Review Cris Tales: Surat cinta unik kepada JPRG klasik!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Cris Tales: Surat cinta unik kepada JPRG klasik!

Review Cris Tales: Surat cinta unik kepada JPRG klasik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd