Memandangkan daya tarikan VR semakin berkembang dalam pasaran, ini membawa kepada minat lagi besar oleh ramai pemaju perkakasan, pakar inovasi dan pengguna dalam teknologi berbilang platform ketika mereka merancang rancangan masa depan. Sempena itu, kami berpeluang menemui Peter Li, Ketua PICO Studios di acara Games Developer Conference untuk bertanya tentang visi dan misi PICO dalam membentuk komuniti kuat VR.

Dengan pengalaman hampir lima tahun dalam industri gaming VR dan konsol, Peter Li memiliki banyak pengetahuan dan kepakaran. Setelah bekerja dalam divisi rakan perkongsian, strategi dan pelaburan untuk ByteDance Gaming (Nuverse), rekod kejayaannya cukup terbukti dalam bidang sebelum dia menyertai PICO pada Oktober lalu.
Malah, sebelum itu Li juga pernah bekerja dengan pemimpin industri seperti McKinsey dan Procter & Gamble.
Sebagai orang paling sesuai untuk jawab soalan tentang VR, berikut adalah isi kandungan interview ini:
Tugas sebenar PICO

Syarikat seperti HoYoverse, Netease dan Tencent mempunyai cawangan berasingan di Singapura supaya dapat menerbitkan game di pasaran global. Kami bertanya jika ada kemungkinan PICO mempunyai rancangan yang sama di mana Li menerangkan perbezaan antara PICO dan syarikat gaming lain tadi.
Untuk PICO, mereka tidak menerbitkan game dan menyamakan diri sebagai platform yang sama seperti PlayStation dan Xbox dan memfokuskan pada jualan dan pemasaran. Sebagai contoh, dia menceritakan pengalamannya bekerja di Nuverse yang lebih fokus pada game mobile. Bak kata Li, syarikat lamanya membuat game manakala usaha sebenar PICO adalah untuk perkakasan.

Namun, PlayStation dan Xbox sudah lama dalam industri dan cukup kukuh untuk menghasilkan game eksklusif sendiri di platform mereka. Buat masa ini, PICO sedang dalam proses menghasilkan game first-party (buatan sendiri) yang dipanggil Cipher Alter. Namun, produksi mungkin sedikit perlahan kerana Li menegaskan bahawa majoriti studio ingin menumpukan perhatian pada peranti dan perkakasan bagi menghebatkan segala ciri-ciri sedia ada.
Buat masa sekarang, seluruh game PICO terdiri daripada judul ‘third party’ (dibuat oleh studio game lain) Seperti yang disebutkan tadi, sebabnya adalah kerana mereka ingin memaksimumkan ciri-ciri perkakasan, menambah baik fungsi peranti agar lebih ramai pemaju berminat untuk menghasilkan game VR.

Dan jangan anda pandang rendah kerana jumlah game yang ditawarkan oleh PICO sangat banyak dan dikemas kini setiap bulan. Tentang kriteria pemilihan, sebenarnya tidak penumpuan khusus untuk genre. Mereka menilai setiap game, dan jika semua pihak setuju game itu dibuat dengan baik, ia layak untuk dipamerkan ke halaman PICO. Tidak ada kriteria khusus seperti game itu perlu genre bersenam, shooter, berlumba dan sebagainya.
Majoriti game VR adalah single-player tetapi PICO turut mempunyai beberapa game yang boleh dimainkan hingga dua atau lebih orang. Disebabkan permintaan yang banyak daripada komuniti, PICO meletakkan salah satu keutamaan kepada mode multiplayer. Seiring dengan berlalunya masa, anda perlahan-lahan akan melihat lebih banyak game multiplayer yang lebih baik, sehinggalah game multiplayer mungkin mendominasikan platform.

Daripada segi gaming, persaingan antara konsol gaming bukanlah ‘cerita’ baru. Xbox dan PlayStation sudah lama wujud selama bertahun-tahun dan mereka juga berpendapat bahawa ini adalah cara biasa untuk bersaing kerana ia memacu inovasi dan produk berkualiti tinggi.
Jika melihat peranti VR, PICO masih dalam peringkat awal, kerana apabila melihat keseluruhan jalan teknologi, masih banyak yang perlu dinantikan termasuk hand gesture recognition , haptik yang lebih baik, full body motion tracking, peranti tracking yang lebih kecil dan lebih tepat, termasuk controller, skrin, dan elemen video see through yang lebih baik.
Meluaskan nama PICO

Sejak kebelakangan ini, kita ada ramai berita besar tentang syarikat memperoleh syarikat kecil seperti Sony dan Microsoft. PICO telah lama melihat ramai calon yang berbeza dalam pasaran, berbincang dengan banyak syarikat, dan melabur dalam studio tertentu di seluruh dunia untuk pembangunan game.
Mereka tidak mempunyai sasaran khusus yang mengatakan diri perlu melabur atau memperoleh sejumlah studio, cuma keserasian antara dua pihak menjadi kriteria utama. Jadi mereka mencari pemaju yang baik untuk sama ada melabur, membiayai atau memperoleh. Sebagai contoh, katalog game mereka juga dibuat oleh banyak studio indie. Jumlah tepat tidak diberi tetapi mengaku ada beberapa game yang dihasilkan oleh pasukan kurang daripada 10 orang.

Daripada segi sokongan, ada banyak. Daripada sudut kewangan, mereka membincangkan tentang struktur berbeza yang akan membantu pemaju untuk membangunkan game dengan lebih baik. Sebelum temu ramah, dia telah menghadiri banyak mesyuarat yang membincangkan idea asas/awal dengan semua pemaju, dan melihat jenis struktur atau pembiayaan yang boleh membantu mereka menyiapkan game.
Daripada segi teknikal, mereka mempunyai ramai jurutera yang bekerjasama dengan pemaju untuk melihat cara paling mudah bagi menyiapkan game. Sebagai contoh, mereka mempunyai jurutera yang bekerja pada algoritma ‘body tracker’ termasuk menyediakan strukturu gameplay, jenis API dan algoritma agar pemaju mempunyai reka bentuk yang lebih baik atau cara yang lebih mudah untuk membangunkan game tersebut.

Kami juga mengadakan temu ramah dengan Zhang Jian, PICO dan bertanya tentang dev kit dan Li turut mengesahkan bahawa mereka menghantar dev kit kepada pemaju, tetapi bukan untuk mereka kerana jumlahnya terlalu banyak. Bagi pemaju bagus, mereka akan menerima dev kit untuk peranti baharu lebih awal, kerana memerlukan diri untuk menyesuaikan diri dengan peranti.
Selain itu, pemaju-pemaju turut boleh menghasilkan aplikasi sendiri dan bukannya game. Satu contoh adalah Virtual Desktop yang merupakan antara aplikasi paling popular dalam PICO. Ini dibangunkan oleh pemaju individu. Pada masa hadapan, mereka akan menambah fungsi untuk membenarkan pemaju kecil memuat naik aplikasi atau game mereka terus ke gedung ujian supaya lebih senang untuk mereka menguji aplikasi sebelum menyampaikannya pada komuniti.
Paling seronok sekali, Li mengesahkan pemaju-pemaju kecil tidak perlu membayar apa-apa wang kepada PICO untuk mempamerkan game mereka, buat masa ini.
Pasaran mobile dan rancangan VR untuk bersaing

Di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara, terbukti penduduknya lebih cenderung ke ‘mobile gaming’ yang lebih mudah diakses. Bukan itu sahaja, malah komunitinya lebih ramai daripada gamer PC dan konsol kerana hakikatnya Bagaimana pula dengan VR? Apakah rancangan PICO untuk bersaing yang begitu berdominasi begitu?
Secara umum, Li kata VR memberikan pengalaman yang sangat berbeza apabila bermain, khususnya pengalaman yang lebih mengasyikkan (immersive) jauh melebihi mana-mana platform lain. Apabila bermain game VR, pemain perlu menggerakkan seluruh badan dan bukannya hanya duduk dan bermain dengan controller. Untuk memberi kelainan, PICO sedang membangunkan solusi ‘full body tracking’.
Dengan ciri ‘full body tracking’, pemain boleh bermain menggunakan seluruh badan termasuk kaki. Ini juga antara sebab yang membezakan PICO daripada platform VR lain.

Li juga menjawab matlamatnya bukan untuk menukar pemain mobile ke VR. Game VR dan mobile sangat berbeza, dalam erti kata bahawa kita boleh bermain game mudah alih pada bila-bila masa yang mahu, manakala game VR memerlukan ruang tamu dan banyak masa. Sebaliknya, mereka ingin melihat lebih game mobile muncul dalam katalog PICO pada masa hadapan.
Di pasaran luar negara, beberapa pesaing anda mungkin telah memasuki pasaran lebih awal, dan mempunyai lebih banyak permainan berlesen. Memandangkan game adalah salah satu faktor penting apabila pengguna memilih produk VR, apakah yang dilakukan oleh PICO untuk mendapatkan kelebihan?
Li jawab:
Pertama sekali, saya anggap bahawa pesaing kita telah melakukan hal ini untuk masa yang lebih lama daripada kita – itu sebenarnya adalah satu perkara yang baik. Sebagai pelopor, mereka membelanjakan banyak wang untuk memajukan seluruh pasaran, kita patut bersyukur.

Sesetengah game memplagiat/ meniru game yang sudah wujud dan itu tidak terkecuali untuk VR. Li pun kata ia bukan sesuatu yang mereka galakkan. Melainkan jika mereka meniru sesuatu tetapi menjadikannya lebih baik, dan mempunyai beberapa idea inovatif di dalamnya, maka itu adalah perkara yang bagus.
Tetapi intinya, lebih baik menghasilkan game daripada idea sendiri. Inspirasi itu berbeza daripada meniru. Malah, PICO juga akan banyak membantu pemaju yang kekeringan idea dari segi kewangan dan kejuruteraan.
Buat mereka yang tidak tahu, kerajaan China mempunyai peraturan sangat ketat tentang segi penerbitan gaming. Namun, semuanya semakin pulih kerana China kini dalam proses meluluskan sejumlah game ke pasaran China. Sama seperti syarikat lain, PICO juga perlu mematuhi peraturan ketat China tentang kelulusan game dan itu melengahkan proses mereka untuk melancarkan apa-apa sahaja. Tetapi Li berpendapat ia berbaloi kerana jumlah penduduknya yang ramai untuk mengembangkan minat dalam VR, jadi PICO tiada masalah mengikuti terma syarat kerajaan China.

Untuk bermain game VR, memang jelas semua orang perlu membeli headset dan ini bukannya murah. Sebelum menamatkan temu ramah, kami sempat bertanya jika PICO ada rancangan untuk menambahkan versi peranti yang lebih mampu milik dan nasib baiklah ada berita baik.
Pihak kejuruteraan kami sebenarnya sedang mengusahakan pelbagai jenis solusi untuk menjadikan peranti lebih mampu milik, lebih ringan, lebih mudah dipakai dan lebih selesa.
Maka, tamatlah temu ramah ini! Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Peter Li selaku Ketua Gaming Partnership PICO kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan berkenaan syarikat dan masa depannya. Untuk segala maklumat lanjut tentang produk VR oleh PICO, anda boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post