Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penyunting One Piece tertangkap melayari laman web hentai di siaran langsung!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Penyunting One Piece tertangkap melayari laman web hentai di siaran langsung!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya salah satu penyunting One Piece berada dalam masalah yang besar. Bagi mereka yang tidak tahu, sekumpulan penyunting akan membantu mengawasi siri One Piece yang ditulis oleh Eiichiro Oda, dan mereka sering berkumpul untuk beberapa acara siaran langsung. Dalam siaran langsung baru, peminat dapat melihat tatakerja seorang penyunting, tetapi video ini telah dibuang setelah peminat tanpa sengaja melihat “sejenis laman web” tertentu dalam “browsing history-nya”.

Peristiwa ini berlaku ketika penyunting tersebut mengadakan siaran langsung pada 8 Januari di Jepun, di mana dia bercakap dengan peminat tentang bab manga yang ke-1000. Pada satu waktu, siaran langsung ini secara tidak sengaja memfokuskan pada sejarah Internet-nya, dan peminat terkejut melihat laman Ero Cool di dalam senarai. Ero Cool adalah laman web hentai (lucah) di Jepun, dan ia pun bukan laman web yang sah. Laman web ini terkenal dengan mencuri manga yang dicetak secara sah dan dikongsikan semula secara dalam talian. Sangat ironik kerana Shueisha kini lebih berwaspada pada topik hak cipta. Peristiwa ini sudah tentu tidak diterima dengan baik oleh penonton, lalu video itu dibuang dengan cepat.

生配信ありがとうございました!
アーカイブ処理に少し時間かかっているのでYouTubeへのアップ、少々お待ちくださいませ…!💦#ONEPIECE #ONEPIECE1000LOGS

— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) January 8, 2021

Di Twitter, sebuah posting dimuat naik setelah video ini dibuang. Shueisha mendakwa bahawa video tersebut tidak tersedia kerana kesalahan teknikal oleh Youtube. Namun, peminat One Piece dapat mengambil tangkapan gambar daripada siaran langsung, dan berita ini dikongsi ke seluruh dunia.

漫画ワンピース、1000話到達を記念して公式スタッフが記念企画の解説を配信
↓
配信内にスマホ画面を取り込んだところ、エロ漫画を割った形跡が映り込む
↓
配信録画が非公開に
↓
ワンピ公式「アーカイブ処理に少し時間かかってるので動画はちょっと待って」
↓
ワンピ、文字通り海賊漫画の覇権を握る pic.twitter.com/G4Vpe1Cyfr

— 滝沢ガレソ (@tkzwgrs) January 8, 2021

Shueisha kini lebih awas tentang peredaran manga yang tidak sah, dan mula mengetatkan peraturan ke atas hak cipta mereka sejak kebelakangan ini. Pada masa yang sama, imej dan reputasi penyunting ini pun tidak akan elok semula selepas semua warga internet tahu “tabiat” sebenarnya. Saya tidak tahu apa yang jadi kepada penyunting itu selepas kejadian tetapi selepas ini, dia mungkin akan sentiasa ingat untuk membersihkan sejarah browser sebelum melakukan apa-apa siaran langsung.

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila lawat pautan ini.

Sumber – takigare3

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hentaimangaone piece
Previous Post

Pra-pesanan PlayStation 5 bertema PS2 terpaksa dibatalkan kerana menerima ancaman!

Next Post

Tanda dagangan “Ever Crisis” Square Enix memberi petunjuk masa depan Final Fantasy?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Tanda dagangan “Ever Crisis” Square Enix memberi petunjuk masa depan Final Fantasy?!

Tanda dagangan "Ever Crisis" Square Enix memberi petunjuk masa depan Final Fantasy?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd