Bandai Namco Amusement telah mendirikan ruang hiburan unik VR bernama “Mazaria“. Selepas selesai Tokyo Game Show 2019, mestilah saya lawat lokasi! Ramai orang sarankan. Untuk pengetahuan kamu, pusat hiburan baru ini menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) untuk menggabungkan dunia sebenar dan dunia maya, agar tetamu boleh masuk ke dunia anime dan game.
Di sini, saya agak kesuntukan masa, jadi saya hanya mampu cuba tiga permainan VR sebelum kerja lain memanggil. Jangan risau kawan-kawan. Game saya pilih mesti gempak belaka ah!
https://www.youtube.com/watch?v=je_yBzNZ6N0&feature=youtu.be
Godzilla VR
Kamu dan 3 rakan lain merupakan juruterbang kepada sebuah helikopter. Misi kamu adalah untuk menghantar peluru berpandu bagi membunuh Godzilla sebelum ia menghancurkan kota. Peluru berpandu pertama tidak menjejaskannya kerana peluru perlu pergi masuk dalam mulutnya. Kamu harus kamikaze ke dalam mulutnya dengan helikopter dan menembak peluru berpandu kedua, barulah ia berakhir.
Jumlah pemain adalah empat tetapi setiap pemain melakukan perkara yang sama. Tiada co-op. Selain itu, kerusi yang kelihatan seperti kerusi helikopter akan bergerak dan bergetar untuk meningkatkan pengalaman VR.
Gundam VR Diver Attack
Terdapat 2 versi, satu adalah versi asli Gundam vs Zaku, dan satu lagi adalah versi Unicorn. Versi yang saya main ialah versi Unicorn, di mana ia berlangsung di hadapan Diver City Tokyo Plaza pada waktu malam.
VR ini bermula dengan penampilan MSN-06S Sinanju yang mula membuat huru-hara di kawasan tersebut. Kemudian tugu RX-0 Unicorn Gundam hidup kembali dan melindungi kamu dengan meletakkan pemain di telapak tangannya. Gundam boleh lawan Sinanju hanya dengan satu tangan. Hebat kan?
Secara keseluruhan, sebenarnya kita lebih melihat Sinanju beraksi berbanding Unicorn Gundam kerana beliau berada di belakang kamu, dan kamu hanya boleh melihat Sinanju terbang sini-sana. Akhirnya Unicorn Gundam akan masuk ke Destroyer Mode dan menewaskan Sinanju.
Evangelion VR – The Throne of Souls: Berserk
Ini lebih menarik daripada Gundam VR kerana kamu sebenarnya boleh mengawal mecha tersebut. Dalam permainan, kita akan bertarung dengan Sachiel. Pengalaman VR ini lebih imersif kerana terdapat pergerakan daripada kerusi dan pada senario tertentu, akan ada gelombang angin yang meniup ke arah kamu. Kamu ada controller di setiap sisi kerusi untuk mengawal pergerakan EVA, dan kita perlu menyasar menggunakan visi (kepala) dan tekan pemicu pada pengawal untuk menembak. Sekiranya kita gagal mengalahkan Sachiel, maka kita akan dimakan olehnya. Nak rasa kena makan dalam VR?
Keputusannya?
Kesimpulannya, pengalaman keseluruhan di Mazaria cukup menarik kerana selain daripada stesen VR, ada juga kedai-kedai dan kafe untuk kamu duduk di situ dan lepak. Tiket untuk sehari bernilai 4,200 yen (RM162) bagi dewasa dan 2,700 yen (RM104) untuk kanak-kanak. Kebanyakan pameran VR bertahan hanya 5-10 minit+, jadi jika korang rasa nak alami satu senario unik di mana korang adalah wira, sini lah tempatnya.
*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*
@gamersantaimy
Discussion about this post