Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 – Saya Sekarang Peminat Tabletop!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Pengalaman Kami Di TableCon Quest 2024 – Saya Sekarang Peminat Tabletop!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula pada 22 Jun 2024, acara konvensyen permainan papan (tabletop), “TableCon Quest” yang diadakan di Singapore Suntec Convention Centre telahpun berakhir – jadi untuk artikel ini, kami ingin berkongsi pengalaman di acara tersebut.

Bersama demo penuh, pelbagai kad istimewa, barangan eksklusif, program ceramah, aktiviti dan sesi permainan bervariasi, TableCon Quest 2024 ditetapkan sebagai hujung minggu yang menyeronokkan untuk semua pencinta permainan papan, pelajar, keluarga dan semua orang yang ingin bersuka ria.

Secara keseluruhan, walaupun lebih kecil berbanding dengan acara lain, tetapi ia penuh dengan kegembiraan dan perkara untuk diterokai. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah pengalaman kami!

Acara Pentas

Kredit: Digital Braves

Apabila melangkah masuk ke acara, kita boleh melihat pentas besar di hadapan pintu masuk, yang penuh dengan pelbagai jenis acara seperti sesi ceramah oleh individu terkenal termasuk pereka Cardfight!! Vanguard & Weiss Schwarz, Satoshi Nakamura dan Game Producer untuk Ultraman Card Game, Eiji Shishido, yang berkongsi maklumat eksklusif, dan pendapat tentang game masing-masing, serta sesi Q&A bersama para peserta.

Kredit: Digital Braves

Bukan itu sahaja, sebahagian daripada tetamu jemputan turut memberi demo langsung untuk permainan papan mereka di atas pentas. Ada juga beberapa acara interaktif dengan peserta seperti pameran permainan kad, dan acara kegemaran semua orang, iaitu cabutan bertuah. Siapa yang tidak suka barang percuma kan?

Demo Dan Booth Untuk Pelbagai Permainan Kad

Kredit: Digital Braves

Boleh dikatakan, inilah tempat utama untuk mencuci mata dan mencuba terus permainan kad dagangan (trading card game) yang menarik perhatian anda.

Selain daripada menjual permainan kad lama dan popular, acara juga membawa masuk beberapa permainan yang belum dikeluarkan/baru sahaja dikeluarkan seperti Ultraman Card Game, Detective Conan Card Game, dan banyak lagi.

Kredit: Digital Braves

Kakitangan dan pekerja sukarelawan pun ramah dan mengajar kami cara bermain setiap permainan kad. Sebagai contoh, Detective Conan Card Game sepenuhnya Bahasa Jepun, tetapi pembantu akan cuba untuk mengajar dan menjelaskan dalam cara semudah mungkin supaya kami faham cara bermain.

Bagi pemain TCG veteran, semuanya pasti mudah tetapi hal ini lebih membantu para beginner dan pemain baru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang TCG. Mereka pun boleh belajar dan ikut serta berseronok sekali dengan semua orang.

Permainan Papan Indie Pun Menyerlah Sekali

Kredit: Digital Braves

Kini ke bahagian kegemaran saya dalam acara, iaitu ruang Indie! Sama hebat seperti permainan yang dibuat oleh syarikat besar, jangan anda pandang rendah kepada pembuat permainan indie kerana ciptaan mereka pun sama hebat!

Saya cuba sedaya upaya untuk bermain setiap permainan papan indie dan akhirnya ada tiga permainan kegemaran yang saya akan jelaskan dalam artikel lain. Semua pencipta mempamerkan ciptaan mereka dan menerangkan cara-cara untuk bermain kepada peserta.

Kredit: Digital Braves

Memandangkan permainan papan direka untuk bermain beramai-ramai, kami tidak akan bermain seorang diri dan sebaliknya akan bertemu dengan pelbagai orang yang berbeza, sambil memupuk hubungan akrab.

Permainan indie terdiri daripada pelbagai jenis, di mana ada yang betul-betul unik dan lain daripada yang lain. Jika berminat, booth juga menjual permainan papan mereka, jadi anda boleh membeli terus permainan itu jika suka.

Mencuba Permainan Papan Berbentuk Role-Play

Kredit: Digital Braves

Daripada ruang indie, kami mara ke ruang yang mempamerkan beberapa permainan papan terkenal termasuk Dungeon dan Dragons. Di kawasan demo, majoriti permainan terdiri daripada jenis role-play siap dengan patung miniatur yang penuh butiran.

Cuma perlu dipesan, permainan seperti ini akan mengambil banyak masa (sekitar 3 hingga 4 jam), tetapi paling penting, pengalamannya! Seperti biasa, Game Master akan mengajar cara-cara untuk bermain, sambil menerangkan jalan cerita untuk memberi keasyikan tambahan.

Kredit: Digital Braves

Sebagai rakyat Malaysia, saya harus mengaku saya jarang ada peluang untuk mencuba Dungeon & Dragons, tetapi apabila dapat mencuba permainan ini buat pertama kali dalam suasana yang meriah, saya akhirnya dapat melihat mengapa D&D sangat popular.

Di samping itu; jika anda datang dengan beberapa rakan dan ingin mencuba permainan papan berbeza, anda juga boleh menyewa permainan papan di sana dan duduk di ruang yang disediakan untuk bermain. Jika suka, permainan ini pun boleh dibeli terus!

Sesi Melukis Patung Miniatur

Kredit: Digital Braves

Satu lagi aktiviti yang mengejutkan saya, ialah sesi melukis patung miniatur! Ada dua sesi melukis; satu ialah maskot kucing TableCon Quest; dan satu lagi ialah askar daripada siri Warhammer.

Kedua-dua booth penuh dengan orang ramai, di mana saya melihat semua orang tekun melukis dan mewarna patung kecil mereka. Jika kurang yakin, pekerja booth juga mengajar cara-cara untuk mewarna, termasuk mencampurkan cat untuk menghasilkan figura yang unik.

Aktiviti Tambahan Seperti Permainan Video Indie, Mencuba Beyblade X, Dan Ruang Rehat Makan

Kredit: Digital Braves

Selain permainan papan, permainan video indie turut tampil di acara itu. Sekilas pandang, ada sekitar 10 video game indie di sana, dan walaupun ada yang hebat, kegemaran saya pasti ialah The Curse of Hideo. Merupakan game soulslike yang dibuat oleh tiga pelajar menggunakan Unreal Engine, game ini menberi keseronokan dan penderitaan yang sama seperti Elden Ring.

Kedua yang saya lihat ialah demo Beyblade X! Mengingatkan saya semula semasa zaman kanak-kanak, pasti ramai yang rasa nostalgia yang sama kerana kawasan itu penuh dengan pemain beyblade. Walaupun hanya dua ruang berlawan sahaja yang disediakan tetapi semua orang sanggup tunggu giliran.

Kredit: Digital Braves

Akhir sekali adalah ruang F&B yang menjual makanan ringan dan minuman, jadi para peserta tidak perlu keluar dari acara untuk mencari makanan. Mereka juga menyediakan beberapa meja makan di mana pemain boleh duduk untuk makan dan berehat.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Bagi saya, SGD 12 untuk satu hari cukup berbaloi, kerana anda boleh mencuba macam-macam permainan berbeza dalam acara termasuk permainan papan, permainan kad dagangan, permainan indie malah Beyblade. Bukan sahaja permainan lama, acara juga memperkenalkan banyak permainan baharu dan ada yang belum dikeluarkan lagi di pasaran.

Kredit: Digital Braves

Walaupun nampak kecil, jumlah aktiviti yang anda boleh cuba sangat banyak. Dalam interviu kami bersama penganjur bersama Elicia Lee selaku Pengarah Urusan Eliphant, mereka juga mengesahkan bahawa TableCon Quest akan kembali tahun depan – jadi jika anda seorang penggemar permainan papan tetapi tidak kesempatan untuk datang tahun ini, saya mengesyorkan anda untuk datang tahun hadapan.

Semoga acara akan datang lebih besar dan menjemput lebih ramai pencipta dan syarikat besar untuk mempamerkan karya mereka kepada khayalak umum.

Ingin baca liputan penuh kami di TableCon Quest 2024? Sila tekan SINI! Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TableCon Quest 2024
ShareTweetSend
Previous Post

GSC Akan Tayangkan ‘Detective Conan: The Million-dollar Pentagram’ Pada 11 Julai!

Next Post

Umamusume: Pretty Derby Akan Keluar Versi Inggeris – Game Gacha Gadis-Gadis Kuda

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Umamusume: Pretty Derby Akan Keluar Versi Inggeris – Game Gacha Gadis-Gadis Kuda

Umamusume: Pretty Derby Akan Keluar Versi Inggeris - Game Gacha Gadis-Gadis Kuda

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd