Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami di Pameran Attack on Titan: The Final, Boleh Lawat Sekarang Di Kuala Lumpur!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2024
in 2.5D, Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Kami di Pameran Attack on Titan: The Final, Boleh Lawat Sekarang Di Kuala Lumpur!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas perjalanan global yang telah memikat penggemar manga di seluruh dunia, Pameran “Attack on Titan: The Final” dengan bangganya mengumumkan perhentian seterusnya di Kuala Lumpur, Malaysia. Ini merupakan peluang keemasan untuk peminat siri terkenal ini untuk mendalami dunia Titan dan meraikan legasi salah satu siri manga yang ikonik sepanjang zaman.

Pameran yang dinanti-nantikan itu menawarkan pengalaman mengasyikan kepada peminat yang menyelami inti sari naratif dan watak-watak dalam karya fantasi gelap Hajime Isayama. Dianjurkan oleh Ace Media Network, Trendic, AniManGaki, and Incubase Studio, pameran itu akan berlangsung di Fahrenheit88, Tingkat 2 (Lot 2.02 – 2.06) dari 25 April hingga 21 Julai 2024.

“Attack on Titan,” mencatat jualan melebihi 140 juta salinan di seluruh dunia, menceritakan kisah protagonist Eren Yeager, Mikasa Ackerman dan Armin Arlet yang berlatarkan dunia di mana umat manusia terpaksa tinggal di sebuah bandar yang dikelilingi oleh tiga tembok besar yang melindungi mereka daripada humanoid kanibal gergasi yang dikenali sebagai Titan.

Melalui aksi sengit dan pendedahan yang mengejutkan, mereka membongkar kebenaran asal usul Titan dan sejarah umat manusia sambil bergelut dengan tema kelangsungan hidup, kebebasan, dan peperangan.

Sorotan Pameran

Dasar Pilihan Kemanusiaan

Sebelum memasuki dewan, anda akan disambut oleh Mikasa dan rakan-rakan lain dalam pose ikonik, ‘Shinzo Wo Sasageyo’. Apabila melangkah masuk ke pameran, anda akan mendapat risalah acara dan ditugaskan untuk mengumpulkan kesemua sembilan setem semasa mengalami semula siri manga. Di pintu masuk adalah beberapa ringkasan prolog cerita Attack On Titan, selepas itu anda akan berjalan ke stesen 1.

Pengunjung digesa untuk memilih kesetian mereka: “Di Dalam Tembok atau Di Luarnya?” Keputusan itu membawa mereka ke laluan yang bercabang, justeru menyaksikan pengalaman kehidupan langsung seakan-akan di dalam dunia “Attack on Titan.”

Pilihan “Di Dalam Tembok” merupakan POV daripada Eren Yeager semasa kanak-kanak ketika melihat Colossal Titan memusnahkan Wall Maria manakala “Di Luar Tembok” adalah POV Reiner Braun ketika Bertholdt Hoover berubah menjadi Colossal Titan lalu memusnahkan Wall Maria .

Melebihi 180 Barang Pameran

Dengan lebih 180 keping replika manuskrip, pengunjung mendapat peluang eksklusif untuk menghayati detik-detik penting daripada siri ini, dan menyelami pandangan dari sebalik tabir tentang penciptaan “Attack on Titan.”

Sejak pencetusan manga hingga penamat epiknya, pameran itu akan memperlihatkan dunia distopia oleh Isayama yang luas, dengan menampilkan karya-karya yang menawarkan pandangan mendalam berkenaan proses kreatif di sebalik siri ini.

Patung kembung Titan bersaiz sebenar, diorama, pakaian dan “props” meningkatkan lagi pengalaman yang mengasyikkan, lalu membolehkan peminat merakam kenangan dengan foto bersama watak kegemaran mereka.

Berikut adalah antara stesen kegemaran saya:

  • Apabila memasuki pintu, anda akan melihat kepala Colossal Titan yang agak mengejutkan saya pada kali pertama. Korang boleh membuat pose dramatik dan mengambil gambar dengannya.
  • Terdapat beberapa prop seperti selendang mikasa, buku yang bercakap tentang dunia luar dan jubah Survey Corps.
  • Stesen pengenalan watak & detik-detik ikonik di dalam manga. Di samping watak utama seperti Eren, Mikasa dan Armin, watak sampingan lain seperti Hans Zoe, Zeke Yeager, malah watak kesayangan seperti Sasha dan Corlin ada di sini.
  • Pameran lukisan daripada manga yang menunjukkan bab terakhir Attack of Titan iaitu Eren melawan Marley (dalam anime Musim 4)
  • Temu bual bersama Hajime Isayama & proses manuskrip. Di stesen ini, anda boleh melihat temu bual Hajime Isayama dan di sebelahnya terdapat sekumpulan lakaran dan draf yang menunjukkan bagaimana Hajime Isayama sensei mereka bentuk manga dan butiran-butiran lain.
  • Diorama Mini: Anda boleh melihat diorama beberapa adegan ikonik, di mana figura Eren dan Levi juga dipaparkan di sini. Ia mempunyai dinding interaktif untuk mengubah anda sebagai Titan demi mencipta semula adegan kemusnahan dinding.

Wayang Pertempuran Titan yang Hebat

Tambahan juga, para hadirin boleh melibatkan diri dalam pengalaman pawagam mini 2D yang unik, dilengkapi dengan prop 3D, menawarkan cerapan mendalam tentang kehebatan pertempuran dalam siri ini.

Ia mengambil masa kira-kira 7 minit untuk menonton, tetapi pengalaman benar-benar berbaloi. Daripada apa yang saya, anda boleh menonton pertarungan Eren melawan Reiner (Reiner sebagai Armoured Titan yang menyerang pulau Paradis) dan Eren melawan Warhammer Titan.

Aktiviti Interaktif

Bersedia untuk menemui semula Titan dan sertai Latihan “Cadet Corps” melalui pengumpulan cop yang menyeronokkan semasa melawat pameran. Dapatkan risalah acara anda, dan kumpulkan kesemua sembilan cop sambil anda melalui pameran ini.

Setelah anda telah mengumpul semua cop, bergerak ke stesen akhir dan selesaikan latihan anda. Pilih sama ada untuk menyertai Rejimen “Scouts,” Rejimen “Garrison,” atau Regimen “Military Police,” dan sijil kehormat oleh Keith Sades akan dianugerahkan untuk merasmikan majlis bahawa latihan telah lengkap.

la merupakan satu cara unik untuk berinteraksi dengan detik “Attack on Titan” kegemaran anda – sertai latihan, kumpulkan cop dan sertai pertempuran untuk memastikan Pulau Paradis selamat.

Kafe Kolaborasi

Sebuah kafe kolaborasi akan dibuka serentak dengan pembukaan Pameran “Attack on Titan: The Final” di Malaysia. Dengan menampilkan menu khas untuk pameran ini, ia memberi tumpuan pada hidangan ringan yang mesti dicuba.

Barangan Rasmi

Terdapat jualan “merchandise” di pameran dengan barisan barangan asal. Selepas menyaksikan dunia “Attack on Titan,” pengunjung boleh mendapati “merchandise” yang akan mula jualan perintisnya di Malaysia; suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan!

Harganya setanding dengan barangan anime lain, dan walaupun ia mungkin agak mahal, nilainya memang berbaloi untuk beli, lagi-lagi selepas mengalami dunia “Attack on Titan”.

Sebagai bonus, kawasan kafe dan kawasan barangan dibuka kepada semua pelawat, malah untuk mereka yang tidak membeli tiket untuk pameran.


Sebagai peminat Attack On Titan, saya rasa RM55 adalah tawaran hebat untuk apa yang ditawarkan oleh pameran itu. Ia bukan sekadar mempamerkan replika manuskrip; malah terdapat aktiviti interaktif, teater untuk ditonton, dan persembahan bertema yang membawa kita melalui keseluruhan perjalanan siri manga.

Penggunaan adegan manga animasi secara berkesan menyampaikan emosi cerita, lantas menjadikannya pengalaman benar-benar mengasyikkan dari awal hingga akhir. Wayang pertempuran pastinya adalah kegemaran saya. Walaupun berdurasi hanya 7 minit, kedua-dua adegan benar-benar hebat. Untuk kawasan barangan tidak banyak barangan untuk dibeli, ada yang mahal tetapi nilainya berbaloi.

Bagi mereka yang berminat, tiket boleh dibeli sekarang melalui Ticket2U dan Incutix yang bernilai sebanyak RM55 seorang:

  • Tiket Pameran Attack on Titan
  • Incutix

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web berikut:

  • Attack on Titans Exhibition Facebook
  • Attack on Titans Exhibition Instagram
  • Laman Web
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMalaysiaPameran Attack on Titan: The Final
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Mengesahkan Tambahan New Game+ Pada Hari Pertama

Next Post

Anime Fest+ 2024 Membawa Pelbagai Aktiviti AGC Di Tropicana Gardens Mall, Bermula 26 April 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Fest+ 2024 Membawa Pelbagai Aktiviti AGC Di Tropicana Gardens Mall, Bermula 26 April 2024

Anime Fest+ 2024 Membawa Pelbagai Aktiviti AGC Di Tropicana Gardens Mall, Bermula 26 April 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd