Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami Di HoYo Fest 2024 Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Kami Di HoYo Fest 2024 Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Mengikut tradisi, acara tahunan HoYo FEST kini kembali di Malaysia dan kali ini terletak di Pavilion Bukit Jalil dari 13 Ogos sehingga 19 Ogos 2024, dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Satu minggu penuh dengan aktiviti menarik dan barangan rasmi daripada game HoYoverse, para peminat dan gamer Malaysia pasti tidak mahu terlepas!

Kredit: Digital Braves

Antara acara yang tersedia di tapak lokasi termasuk mengumpul setem untuk mendapatkan polaroid eksklusif HoYo FEST di photo booth dan peluang mendapatkan beg kertas eksklusif HoYo FEST dengan sebarang pembelian di ruang merchandise.

Sudah tentu, terdapat juga acara pentas yang dijadualkan setiap hari untuk Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Honkai Impact 3 dan Zenless Zone Zero. Anda boleh menyemak jadual untuk masa setiap acara.

Walaupun HoYoverse tidak menjelaskan senarai aktiviti di tapak lokasi, beberapa aktiviti termasuk cabaran Pure Fiction dan Simulated Universe untuk Honkai: Star Rail; dan Shiyu Defense untuk Zenless Zone Zero.

Ruang Merchandise

Kredit: Digital Braves

Salah satu sorotan terbesar untuk HoYo FEST tahun lepas ialah ruang merchandise di mana orang ramai menunggu dalam barisan hingga berjam-jam. Tahun ini HoYoverse menguruskan masalah tersebut dengan meminta orang ramai mendapatkan tiket “merchandise queue” supaya anda boleh menyertai baris menunggu mengikut slot masa yang ditentukan.

Satu lagi perubahan ialah semua barangan dipamerkan dalam kabinet paparan kaca yang kelihatan lebih cantik dan lebih selamat berbanding tahun lepas di mana mereka mempamerkan semua barangan di atas meja dan di atas rak di belakang kakitangan.

Penuh dengan barangan rasmi eksklusif bagi setiap game HoYoverse, barangan termasuk hiasan akrilik chibi, figura, blind box, mouse mat, poster, akrilik standee, lencana, rantai kunci dan banyak lagi dijual. Semua ini hanya tersedia dalam kuantiti terhad dan sementara stok masih ada.

HoYo Zone/Game Booth

Kredit: Digital Braves

Bagi mereka yang menghadiri HoYo FEST 2023 tahun lepas, anda mungkin sudah terbiasa dengan cara HoYo FEST 2024 Malaysia beroperasi – setiap game akan mempunyai booth sendiri di kawasan khusus mereka. Pendaftaran tidak diperlukan untuk serta – anda hanya perlu masuk, beratur, menikmati aktiviti dan dapatkan hadiah percuma! Ruang yang tersedia ialah: Genshin Impact, Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero, Honkai Impact 3, Tears of Themis.

Seperti yang dinyatakan tadi, anda boleh mendapatkan polaroid eksklusif HoYo FEST dengan mengumpul setem. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan setem ini? Anda perlu pergi ke booth setiap game HoYoverse dan melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) mini-event untuk mengumpul setem.

Sebaik sahaja mengumpulkan setem daripada setiap booth, tangkap gambar diri sendiri di acara tersebut dan memuat naik pada mana-mana platform media sosial menggunakan hashtag #HoYoFEST dan #HoYoFEST2024.

Akhir sekali, pergi ke seksyen photo booth dan staf akan menyemak sama ada anda telah menyelesaikan semua langkah atau tidak. Setelah disahkan, anda boleh mengambil gambar di photo booth dan mendapatkan polaroid eksklusif!

Genshin Impact

  • Tunjukkan UID Genshin Impact anda untuk menerima hiasan kepala eksklusif HoYo FEST.
  • Kongsi foto dengan elemen Genshin Impact pada platform media sosial dan gunakan hashtag #GenshinImpact #HoYoFEST #HereIAm untuk mendapatkan paparan kertas eksklusif HoYo FEST.
  • Lengkapkan mana-mana di bawah untuk mendapatkan Tiket Hologram:
    • Tunjukkan anda telah mencapai Adventure Rank 60 dalam Genshin Impact.
    • Cosplay sebagai mana-mana watak Genshin Impact.
    • Tunjukkan Exploration Progress pada mana-mana peta Genshin Impact telah mencapai 100%.
  • Jawab soalan berkaitan dengan Genshin Impact dengan betul untuk mendapatkan ganjaran dalam game.

Honkai Impact 3

  • Repost siaran media sosial rasmi tentang acara dan jawab di ruang komen “tahun mula bermain Honkai Impact 3” untuk menerima Tiket Laser eksklusif.
  • Kongsi gambar yang diambil di tapak acara pada akaun media sosial dengan hashtag #HoYoFESTHI3 dan #HonkaiImpact3 untuk menerima poskad.
  • Berpakaian seperti mana-mana watak Honkai Impact 3 dan kongsi gambar yang diambil di tapak acara pada akaun media sosial dengan hashtag #HoYoFESTHI3 dan #HonkaiImpact3 untuk menerima barangan misteri.

Honkai Star Rail

  • Tunjukkan akaun Honkai: Star Rail anda kepada staf untuk menerima poskad.
  • Tunjukkan mana-mana akaun media sosial rasmi Honkai: Star Rail yang anda ikuti kepada staf di tapak  acara, dan repost siaran promosi rasmi HoYo FEST 2024 untuk menerima sama ada Pom-Pom Balloon atau Wubbaboo Balloon.
  • Tangkap gambar di tapak acara, tambahkan hashtag tertenu dan kongsikannya pada media sosial sendiri. Selepas itu, tunjukkan posting anda kepada staf untuk menerima Tiket Holografik.
  • Eja nama watak untuk menerima kod penebusan item in-game rawak.

Tears of Themis

  • Ambil gambar dengan booth Tears of Themis dan kongsi di akaun media sosial sendiri dengan hashtag #TearsOfThemis #HoYoFEST. Tunjukkan posting kepada staf dan dapatkan hadiah edisi terhad.

Zenless Zone Zero

  • Ambil gambar dengan booth Zenless Zone Zero dan muat naik di media sosial dengan hashtag #zzzero dan #HoYoFEST untuk mendapatkan Tiket Laser KV Edisi Terhad Zenless Zone Zero 2024 HoYoFEST.
  • Pergi ke kawasan demo di booth Zenless Zone Zero dan main Zenless Zone Zero untuk mendapatkan pelekat rawak.
  • Ambil gambar dengan booth Zenless Zone Zero sambil bercosplay sebagai watak Zenless Zone Zero atau musuh dan muat naik ke media sosial dengan hashtag #zzzero dan #HoYoFEST untuk mendapatkan lencana Zenless Zone Zero secara rawak.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Tahun ini menandakan tahun ke-2 HoYo FEST sebagai konvensyen, lengkap dengan pelbagai game booth, photo booth dan gerai barangan; bukannya kafe bertema seperti di HoYo FEST 2022 dan sebelumnya.

Secara keseluruhan, untuk peminat mana-mana game HoYoverse, HoYo FEST 2024 pasti akan menjadi pengalaman yang hebat, lagi-lagi kerana peminat lain yang berkongsi minat dan hobi yang sama, sama ada bermain mana-mana game HoYoverse atau cosplay sebagai watak kegemaran mereka, juga berkumpul di satu tempat yang sama.

Kredit: Digital Braves

Sebagai tambahan, pengurusan HoYoverse juga telah banyak menambah baik banyak aspek tentang HoYo FEST terutamanya isu barisan yang panjang untuk ruang merchandise. Dan paling seronok sekali, kemasukan adalah percuma jadi semua orang boleh sertai!

Bagi mereka yang berminat untuk pergi ke HoYo FEST 2024 Malaysia, berikut adalah butiran acara:

  • Tarikh: 13 Ogos – 19 Ogos
  • Masa: 10:00 – 22:00
  • Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Level 2

Untuk maklumat lanjut, lihat laman web rasmi HoYo FEST 2024 di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoYo FEST 2024 Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Adegan ‘Paling Tidak Boleh Dilupakan’ Dalam Anime One Piece, Menurut Peminat!

Next Post

Previu Dead Rising Deluxe Remaster – Bunuh Zombie Kini Lagi Seronok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Previu Dead Rising Deluxe Remaster – Bunuh Zombie Kini Lagi Seronok!

Previu Dead Rising Deluxe Remaster - Bunuh Zombie Kini Lagi Seronok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd