Seperti yang kita semua tahu, God of War baru sahaja menerima 5 anugerah dari British Academy Games Awards (BAFTA) termasuk Game terbaik bagi tahun 2018. Walaupun kejayaan komersial dan kritik yang diterima mereka, termasuk isu DLC yang diminta oleh peminat untuk hadir di God of War, nampaknya tidak akan menerima apa-apa perkembangan.
Setelah beberapa kali pengarah God of War iaitu Cory Barlog beritahu, sekali lagi beliau mengesahkannnya. Katanya secara berseloroh di Twitternya, “Maaf bukan DLC yang akan datang di permainan ini”. Respon berikut ketika dia membalas Tweet yang lain mengenai sesuatu yang baru bagi God of War. Tetapi sebenarnya dia hanya merujuk pada pendedahan yang akan datang untuk perayaan ulangtahun bagi God of War.
That's not all…😎 https://t.co/fZxcFGAJ3E
— cory barlog (@corybarlog) April 14, 2019
Just so no one gets the wrong idea – there is no DLC coming for the game. Sorry.
— cory barlog (@corybarlog) April 14, 2019
Barlog berseloroh mengenai lebih banyak yang akan hadir nanti, kita sudah pun mengetahui mengenai ‘dynamic theme’ dan ‘avatar set’ percuma, hanya DLC yang ditunggu, tapi nampaknya ia tidak akan jadi salah satu pengumuman tersebut.
Pada Januari lalu, Barlog telah berkongsi ideanya kepada Kinda Funny. “Saya mempunyai idea yang benar-benar menyeronokkan untuk DLC yang saya akan menyesal kerana saya suka melakukannya. Tetapi ia terlalu bercita-cita tinggi.”
“I had a really fun idea for a DLC that I only regret because I would love to have done that,”
“But it was too ambitious.”
-Barlog told Kinda Funny.
Dalam perkongsian ideanya itu, dia ingin sesuatu yang hampir serupa seperti The Last of Us 1‘s Left Behind or Uncharted Lost Legacy yang akan menjadi sesuatu yang besar bagi ‘standalone releases’. Katanya ‘Ia akan menjadi pekara sendiri’.
“It would [have] ended up being its own thing,” Barlog said of the God of War expansion we’ll never see.
“Rightfully so, everybody said, ‘Dude, this is crazy, this isn’t DLC, this is a little too big.”
Dalam berita lain, Barlog bercakap di Twitter bahawa permainan God of War yang akan datang eksklusif ke Epic Store.
micro drama. that's how i roll.
The next installment is an Epic game store exclusive though.😁
— cory barlog (@corybarlog) April 15, 2019
@gamersantaimy
Discussion about this post