505 Games dan One More Level telah mengumumkan bahawa peminat Ghostrunner bakal mendapat berita besar mengenai sekuel game tersebut apabila gamescom berlangsung pada 21 Ogos nanti! Tetapi sebelum itu, mereka telah membuka pendaftaran untuk pemain yang ingin menyertai sesi ujian beta tertutup Ghostrunner 2 tidak lama lagi. Kalau anda berminat untuk sertai sesi ujian beta tersebut, boleh lihat perincian di bawah.
Perincian lanjut
- Pada 21 Ogos, 505 Games dan One More Level akan kongsikan maklumat baharu Ghostrunner 2. Peminat boleh ke halaman rasmi Facebook, Instagram atau Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.
- Peminat yang berminat untuk sertai ujian beta tertutup dan boleh berikan maklum balas boleh daftar melalui pautan ini. Sebagai peringatan, slot adalah terhad, jadi pemain perlu mendaftar secepat mungkin.
- Terdapat video Previously on Ghostrunner yang akan mengimbas kembali babak yang berlaku semasa Jack meneroka di luar wasteland dalam sekuel.
Tentang Ghostrunner 2
Pemain akan mengembara ke dunia yang lebih luas dan bukan sahaja di dalam Dharma Tower. Anda bermain sebagai watak utama, Jack dan jalan cerita yang ditampilkan akan berlaku selepas kejadian dalam game yang pertama.
Penduduk Dharma Tower sedang membina semula, perdagangan dapat dimulakan, dan terdapat beberapa harapan untuk masa depan. Namun, disebabkan Keymaster telah mati, terdapat kekosongan yang mampu menarik musuh yang lebih kuat untuk menakluki Dharma Tower.

Dengan mekanik permainan yang dipertingkatkan, lebih banyak tahap untuk diterokai dan pertarungan bos yang epik, Ghostrunner 2 menjanjikan pengembaraan yang menarik dan mendebarkan. Dengan kemahiran baharu dan kebolehan Ultimate yang berkuasa, pemain boleh menjadi lebih kreatif semasa pertemuan dan menjadikan pertemuan yang paling mencabar lebih mudah diakses.
Ghostrunner 2 akan dilancarkan di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan. Nantikan sahaja kemas kini daripada penerbit nanti.

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post