Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Yu-Gi-Oh menghasilkan manga Marvel tentang Spider-Man & Iron Man!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pencipta Yu-Gi-Oh menghasilkan manga Marvel tentang Spider-Man & Iron Man!
Share on FacebookShare on Twitter

Spider-Man dan Iron Man nampaknya akan bekerjasama dalam manga baru oleh pencipta Yu-Gi-Oh, Kazuki Takahashi. Kolaborasi manga baru ini telah diumumkan oleh VIZ Media semasa panel mereka di New York Comic-Con tahun ini. Manga ini akan berjudul Secret Reverse, dan menyaksikan Peter Parker AKA Spider-Man dan Iron Man melawat Jepun untuk menghentikan rancangan jahat sebuah organisasi pelik dan teknologi mereka yang membahayakan. Secret Reverse dijadualkan akan keluar pada tahun 2022.

Announcement: Spider-Man and Iron Man travel to Japan to battle an evil gaming magnate and his deadly new technology in Secret Reverse—a new addition to the Marvel Universe from Yu-Gi-Oh! creator Kazuki Takahashi! Releases Summer 2022! pic.twitter.com/7tN9fClOFe

— VIZ (@VIZMedia) October 9, 2021

Karya baru ini adalah kolaborasi terbaru Marvel dalam dunia anime dan manga, di mana mereka dahulu terkenal dengan projek Marvel Anime pada 2013, yang menyaksikan pembikinan anime oleh studio terkenal Madhouse, yang pernah menghasilkan siri bagus seperti Trigun, Death Note dan Black Lagoon. Antara IP Marvel yang terlibat pada ketika itu adalah X-Men, siri solo Wolverine, dan Blade. Sony Pictures Television baru-baru ini pula memuat naik beberapa episod di halaman YouTube mereka untuk tontonan dalam talian secara percuma. Kerjasama itu cukup berjaya sehingga mendorong Marvel untuk membuat dua filem tambahan – Iron Man: Rise of Technovore pada tahun 2013 dan Avengers Confidential: Black Widow & Punisher pada tahun 2015.

Kazuki Takahashi, dilahirkan pada 4 Oktober 1961 di Tokyo, ialah pencipta manga Yu-Gi-Oh!, yang kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia selepas tayangan anime. Takahashi bermula sebagai mangaka (penulis manga) pada tahun 1982. Karyanya yang pertama, Tokiō no Tsuma, diterbitkan pada tahun 1990, dengan Tennenshoku Danji Buray, salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun 1996 apabila beliau mencipta Yu-Gi-Oh!

Yu-Gi-Oh! - Duel 039 - Yugipedia - Yu-Gi-Oh! wiki

Manga Yu-Gi-Oh! memulakan penggunaan kad Yu-Gi-Oh! yang pada asalnya dikenali sebagai Magic and Wizards, suatu rujukan kepada permainan kad, Magic: The Gathering; tetapi kemudian ditukarkan kepada Duel Monsters untuk versi anime. Bagaimanapun, Takahashi tidak pernah berhasrat untuk menumpukan manganya pada permainan kad. Permainan kad Magic and Wizards sebenarnya bertujuan untuk hanya dua bab, akan tetapi Shueisha, penerbit majalah Weekly Shonen Jump menerima terlalu banyak surat daripada peminat yang ingin tahu tentang permainan tersebut. Oleh itu, Takahashi memutuskan untuk melanjutkannya.

In 2004, Kazuki Takahashi, the creator of Yugioh, (more specifically the  original Yugioh manga and it's sequel movie Dark Side Of Dimensions) did an  art trade with Mike Mignola, creator of Hellboy.

Beliau juga suka membaca buku komik Amerika Syarikat, dengan Hellboy merupakan watak komik kesayangannya. Takahashi dan Mike Mignola, pencipta buku komik Hellboy, pernah saling bertukar seni, dengan Takahashi melukis gambar Hellboy dengan gaya rambut Yugi Mutou, Teka-teki Milenium, dan cakera perang. Mignola pula melukis gambar Hellboy yang memakai Teka-teki Milenium dan kemeja T Yugi.

Sumber – Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: iron manKazuki TakahashimangaMarvelSpider-ManYu-Gi-Oh
Previous Post

Manga The Prince of Tennis akhirnya akan mendapatkan Game Switch dan siri Anime baru!

Next Post

Anda boleh bermain Riders Republic di PC dalam “PC Play Day” bermula 12 Okt ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter
Filem

Callina Liang Akan Bawa Watak Chun-Li Dalam Filem Live Action Terbaru Street Fighter

June 24, 2025
Next Post
Anda boleh bermain Riders Republic di PC dalam “PC Play Day” bermula 12 Okt ini!

Anda boleh bermain Riders Republic di PC dalam "PC Play Day" bermula 12 Okt ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd