Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta God of War Tidak Suka “Kratos Yang Sekarang”, Katanya Membosankan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Pencipta God of War Tidak Suka “Kratos Yang Sekarang”, Katanya Membosankan
Share on FacebookShare on Twitter

God of War adalah salah satu francais game terbesar dan paling popular oleh PlayStation. Mula diperkenalkan pada 2005, ia masih bertahan sehingga 2023 selepas hampir dua dekad dalam dicipta. Malangnya, pencipta God of War nampaknya tidak menyukai arah tuju “game terkini God of War dan Kratos” bawaan PlayStation.

Kredit: PlayStation

Mengapa dia tidak suka? Pertama sekali, anda perlu faham tentang asal-usul God of War dahulu.

Siri ini bermula sebagai genre hack-and-slash memfokuskan pada kombo, tahap keganasan dan brutaliti melampau, dan naratif yunani gelap tentang lelaki yang ingin membalas dendam atas kematian keluarganya angkara helah para dewa yang kejam dan licik.

God of War original disambut dengan positif di kalangan komuniti gamer sehingga menerima beberapa sekuel dan game spin-off di PS2, PS3 dan PSP. Trilogi ini akhirnya tamat dengn God of War 3.

Kredit: PlayStation

Pada tahun 2018, siri ini menerima “soft reboot” dengan nama yang sama – God of War – tetapi berlangsung selepas naratif yunani, sebaliknya beralih ke mitologi norse. Game ini menceritakan perjalanan hidup Kratos di suasana serba baharu bersama anak lelakinya, Atreus.

Kini lebih tua, Kratos menyesal masa lalunya, bersikap lebih matang, dan ingin menjauhkan diri daripada kekejaman perang dan hidup secara aman.

Kredit: PlayStation

Walaupun dicalonkan untuk pelbagai anugerah dan juga memenangi Game of the Year pada 2018, pencipta dan pengarah God of War original David Jaffe tidak suka dengan arah tuju naratif baharu siri ini di mana dia meluahkan pendapatnya melalui YouTube.

Sebagai konteks, Jaffe tidak terlibat langsung dalam pembikinan siri God of War dan kali terakhir dilihat di God of War 2 sahaja. Menurut video di atas, Jaffe berpendapat bahawa PlayStation dan Santa Monica Studio tidak kekal setia dengan gambaran original watak dan francais.

Kredit: PlayStation

Dia menyatakan bahawa jika studio ingin menambah pengalaman hidup mereka ke dalam kerja, mereka harus melakukannya dengan IP dan watak baharu. Dia membandingkan perubahan ini dengan Indiana Jones. Baginya, idea Indiana Jones berkahwin, mempunyai anak dan menjadi bapa tidak begitu menarik dan amat membosankan.

Kredit: PlayStation

Namun begitu, setiap orang mempunyai pendapat sendiri dan memandangkan Jaffe tidak terlibat lagi dengan God of War, pendapatnya tidak ini akan membuat apa-apa perbezaan. Cukup terbukti, God of War kini lebih popular berbanding sebelum ini dan menerima banyak review bagus oleh media dan komuniti gamer.

Malah, DLC baharu juga menerima pujian tinggi oleh peminat, jadi pendapat David Jaffe tidak mungkin akan mempengaruhi pengalaman sesiapa pun.

Kredit: PlayStation

Sebagai siri yang asalnya bermula tentang seorang lelaki yang tidak putus asa ingin membalas dendam kepada seorang ayah yang ingin menjaga keselamatan keluarganya, saya sendiri suka dan kagum dengan naratif terkini God of War yang menunjukkan kematangan Kratos. Apa pendapat korang pula?


Dapatkan segala berita kami tentang God of War di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of WarKratos
ShareTweetSend
Previous Post

10 Game Paling Teruk pada 2023 — Menurut Metacritic!

Next Post

Juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2 Diugut Sebab Babak Cross-Dress Todo!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2 Diugut Sebab Babak Cross-Dress Todo!

Juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2 Diugut Sebab Babak Cross-Dress Todo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd