Masih ingat tak Ogos lalu kami ada mengongsikan sebuah lagi permainan Naruto yang akan dikeluarkan oleh Bandai Namco Entertainment yang bernama Naruto X Boruto Ninja Tribes? Nampaknya, kini permainan ini telah dibuka untuk pra-pendaftaran! Jom usha treler terbarunya disini;
https://www.youtube.com/watch?v=s4SMlGfBVFg
Ciri permainan ini adalah perlawanan VS yang pemain dapat membentuk 9 watak dalam satu pasukan, manakala dalam perlawanan 3 ninja akan dipilih secara rawak pada setiap pusingan. Ninja dengan ikon yang sama – memaparkan warna serta bentuk watak akan membuat gabungan kombo!
Naruto x Boruto Ninja Tribes akan hadir di platform iOS, Android, dan PC musim luruh ini. Dan yang menariknya permainan ini kini dibuka untuk pra-pendaftaran!
🚩本日より事前登録開始🚩
『NARUTO X BORUTO 忍者TRIBES』事前登録を開始しました!
詳細はこちら → https://t.co/De6ZeDx7BF
本アカウントをフォローするだけで登録完了✊‼
100000人達成でガシャ10回分相当の忍小判3500個をプレゼント!
たくさんの登録お待ちしてます🙇#忍トラ pic.twitter.com/c0mzRr4aCd— NARUTO X BORUTO 忍者TRIBES (@ninja_tribes) October 21, 2019
Hanya ikuti akaun Twitter dan Facebook rasmi Naruto x Boruto Ninja Tribes untuk melengkapkan pendaftaran! Dapatkan 3,500 bersaun bersamaan Ninja hingga 10 kali Gasha selepas mencapai 100000 pendaftaran! Jadi apa tunggu lagi? Nantikan kehadiranya dalam masa terdekat dan teruskan mengukuti perkembangan Naruto x Boruto Ninja Tribe di Twitter untuk informasi terkini!
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post