Sejak pembangun Genshin Impact membenarkan pengeluaran komersial barangan fan-made, sudah tentu anda juga melihat pelbagai barang-barang yang telah dikeluarkan oleh peminat di serata dunia. Jika anda fikir bahawa mousepad oppai Zhongli sudah cukup pelik, kali ini seorang peminat telah mengeluarkan kondom yang memaparkan Zhongli. Kondom ini telah dihasilkan secara tidak rasmi oleh Jiji, seorang artis di Twitter. Dahsyat juga idea dia ini.
Menurut bungkusan kondom tersebut, kondom tersebut tidak diperbuat tanpa bahan kimia berbahaya, tidak mengandungi spermicide dan bebas pewangi. Ia juga termasuk dengan rajah menunjukkan cara menggunakan kondom. Dalam pakej tersebut, ia juga mengingatkan pengguna agar peka dengan tarikh tamat tempoh kondom tersebut. Kondon Zhongli ini masih belum dijual lagi tetapi ia akan dijual tidak lama lagi.

Barangan seperti ini sudah tentu mendapatkan beberapa reaksi daripada komuniti Genshin Impact. Ada yang terasa terhibur malah ada juga yang mencemuh produk ini. Malah ada juga yang membuat lawak jenaka mengenai kondom Zhongli ini. Sudah tentu ramai juga yang ingin membelinya hanya untuk dijadikan koleksi Genshin Impact mereka.
Tetapi tidak semua reaksi positif. Banyak petikan tweet semula terhadap kondom tersebut merasakan bahawa kewujudan produk itu sendiri agak mnjelikkan. Jiji yang merupakan orang Finland terkejut dengan beberapa tweet yang diberikan padanya. Dia terkejut mengapa begitu ramai yang menyangkakan kondom itu teruk dan fikir jika mereka tidak mempunyai pendidikan seks yang betul.
Di Malaysia, kita juga tidak terdedah sangat dengan pendidikan seks, jadi mungkin ramai juga yang “triggered” dengan produk seperti ini. Tetapi kondom sebenarnya antara benda yang boleh mengelakkan anda dari pelbagai masalah kesihatan dan lain-lain. Apa pendapat anda tentang produk ini? Adakah ia keterlaluan? Boleh tinggalkan komen anda di ruangan bawah.
Untuk liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post