Buat masa sekarang, One Piece sedang mendominasi dunia anime dengan kemunculan pertama Luffy dalam bentuk Gear 5. Walaupun banyak fandom lain sedang cemburu tetapi satu individu sanggup membuat perkara keji semata-mata untuk menjatuhkan episod terbaru One Piece. Khususnya, seorang peminat Attack on Titan dilaporkan telah membuat 300 akaun Gmail, hanya untuk memberikan rating 1★ kepada episod terbaru One Piece.
Ternyata, ini telah menimbulkan kemarahan fandom One Piece, di mana ramai yang mengkritik perbuatan peminat tersebut yang bodoh dan tidak berpuas hati. Berikut adalah kisah penuh:
Mula dilaporkan di Twitter oleh @OP_SPOILERS2023, seorang peminat Attack on Titan bernama @AACK01 mencipta 300 akaun Gmail baharu dengan tujuan semata-mata untuk memberi rating 1★ daripada 10★ untuk One Piece episod 1071 yang menampilkan transformasi Luffy Gear 5 di laman IMDb.
Perkara ini dibuat untuk mencemarkan legasi transformasi Gear 5 yang digembar-gemburkan di internet dan media sosial. Menurut ramai peminat anime, Gear 5 akan menjadi salah satu transformasi paling besar dan ikonik dalam sejarah anime dan boleh disamakan dengan transformasi Super Saiyan dan Ultra Instinct milik Goku.

Namun, pujian lebihan ini tidak diterima dengan baik oleh individu itu, lantas menyebabkan dia menggunakan teknik keji, seperti memberi review buruk pada One Piece untuk menjejaskan penilaian anime. @AACK01 kini menerima kecaman hebat oleh peminat One Piece sehingga ramai yang meminta akaun sosial medianya untuk diharamkan buat selamanya.
Walaupun One Piece sentiasa menghadapi masalah “peminat toksik”, ia tidak pernah menghalang siri untuk menjadi lebih popular. Malah, saya yakin One Piece akan menjadi lebih popular selepas keluaran episod Gear 5.

Bagi mereka yang tidak sabar, One Piece episod 1071, bertajuk Luffy’s Peak – Attained! Gear Five! akan ditayangkan pada hari Ahad, 6 Ogos 2023 – jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat protagonis kita beraksi semula melawan Kaido!
Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post