Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat Attack on Titan cipta 300 akaun Gmail untuk beri review 1★ pada anime One Piece

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2023
in Anime, Artikel, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Peminat Attack on Titan cipta 300 akaun Gmail untuk beri review 1★ pada anime One Piece
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa sekarang, One Piece sedang mendominasi dunia anime dengan kemunculan pertama Luffy dalam bentuk Gear 5. Walaupun banyak fandom lain sedang cemburu tetapi satu individu sanggup membuat perkara keji semata-mata untuk menjatuhkan episod terbaru One Piece. Khususnya, seorang peminat Attack on Titan dilaporkan telah membuat 300 akaun Gmail, hanya untuk memberikan rating 1★ kepada episod terbaru One Piece.

Ternyata, ini telah menimbulkan kemarahan fandom One Piece, di mana ramai yang mengkritik perbuatan peminat tersebut yang bodoh dan tidak berpuas hati. Berikut adalah kisah penuh:

https://twitter.com/OP_SPOILERS2023/status/1685480136181944320

Mula dilaporkan di Twitter oleh @OP_SPOILERS2023, seorang peminat Attack on Titan bernama @AACK01 mencipta 300 akaun Gmail baharu dengan tujuan semata-mata untuk memberi rating 1★ daripada 10★ untuk One Piece episod 1071 yang menampilkan transformasi Luffy Gear 5 di laman IMDb.

Perkara ini dibuat untuk mencemarkan legasi transformasi Gear 5 yang digembar-gemburkan di internet dan media sosial. Menurut ramai peminat anime, Gear 5 akan menjadi salah satu transformasi paling besar dan ikonik dalam sejarah anime dan boleh disamakan dengan transformasi Super Saiyan dan Ultra Instinct milik Goku.

Kredit: TOEI Animation

Namun, pujian lebihan ini tidak diterima dengan baik oleh individu itu, lantas menyebabkan dia menggunakan teknik keji, seperti memberi review buruk pada One Piece untuk menjejaskan penilaian anime. @AACK01 kini menerima kecaman hebat oleh peminat One Piece sehingga ramai yang meminta akaun sosial medianya untuk diharamkan buat selamanya.

Walaupun One Piece sentiasa menghadapi masalah “peminat toksik”, ia tidak pernah menghalang siri untuk menjadi lebih popular. Malah, saya yakin One Piece akan menjadi lebih popular selepas keluaran episod Gear 5.

Kredit: TOEI Animation

Bagi mereka yang tidak sabar, One Piece episod 1071, bertajuk Luffy’s Peak – Attained! Gear Five! akan ditayangkan pada hari Ahad, 6 Ogos 2023 – jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat protagonis kita beraksi semula melawan Kaido!


Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on Titanone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!

Next Post

Dapatkan DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct sekarang! Musuh baru lagi gila menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dapatkan DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct sekarang! Musuh baru lagi gila menanti!

Dapatkan DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct sekarang! Musuh baru lagi gila menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd