Sudah hampir 2 tahun Yakuza: Like A Dragon dilepaskan dan sekuel untuknya juga sedang dibangunkan oleh pembangun Ryu Ga Gotoku. Tetapi tidak banyak berita yang diberikan oleh studio tersebut sekuel game Yakuza tersebut. Baru-baru ini boleh pula seorang MMA Jepun “mendedahkan” rakaman pembangunan untuk game Yakuza 8!

Melalui Famitsu, Mikuru Asakura, MMA Jepun telah memuat naik video lawatannya ke studio Ryu Ga Gotoku. Lawatan tersebut telah dikendalikan oleh presiden Sega, Haruki Satomi, yang menunjukkan Asakura di sekitar pejabat. Kalau anda ingin tahu, Asakura sebenarnya peminat francais Yakuza, jadi memang tidak peliklah mengapa dia agak teruja semasa melawat studio tersebut.

Semasa diperkenalkan dengan pasukan yang menghasilkan scene game, dikatakan bahawa scene tersebut tidak pernah ditayangkan di mana-mana kerana ianya scene daripada game Yakuza 8. Akhirnya dapat juga kita lihat beberapa watak yang muncul dalam game terbaru francais tersebut. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga scene yang memaparkan Ichiban Kasuga, protagonis Yakuza: Like A Dragon. Adakah dia akan memainkan peranan penting dalam entri baru itu masih belum diketahui. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada pihak pembangun.

Dengan ini kita ketahui bahawa Ryu Ga Gotoku sedang aktif dalam membangunkan Yakuza 8. Mungkin kita akan mendapatkan teasernya tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi rakaman ini diberikan kebenaran untuk ditunjukkan dalam video Asakura. Mesti anda juga tidak sabar untuk melihat entri baru tersebut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Yakuza daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post