Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun Among Us menuduh Fortnite telah menciplak idea mereka di dalam mod Impostor baru!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 19, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform
0 0
0
Pembangun Among Us menuduh Fortnite telah menciplak idea mereka di dalam mod Impostor baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Mod Impostor baru telah pun diumumkan baru-baru ini di Fortnite dan anda boleh cuba sekarang! Namun, ia mendapat perhatian kerana terdapat sebahagian idea seperti pernah dilihat di Among Us. Mod ini diaturkan dalam suasana multi-room dipanggil The Bridge, dan dimainkan seramai 10 pemain dengan dua pemain akan menjadi “Impostor” untuk memusnahkan jambatan.

Ejen juga harus melakukan tugas sementara Impostor berusaha membunuh mereka tanpa dikenal pasti. Pemain akan berkumpul untuk mengadakan perbincangan mengenai siapakah yang menjadi Impostor, dan kemudian memilih antara mereka. Programmer Among us, iaitu Gary Porter telah menggunakan Twitter untuk menunjukkan persamaan antara peta mod Impostor serta The Skeld, bersama peta Among Us yang asli.

I haven't been tweeting much recently because I've been working so hard on upcoming content for Among Us. So it feels weird to be compelled to tweet again because of stuff like this.

— Gary Porter (@supergarydeluxe) August 17, 2021

Di dalam tweetnya, Porter menyatakan dia tidak banyak ber-twitter kebelakangan ini kerana berusaha untuk menghasilkan kandungan baru Among Us. Malah dia agak tersinggung walaupun The Skeld bukanlah ideanya. Namun, hampir sebahagian dari Among Us adalah dari ciptaannya. Tweet Porter telah mendapat respon dari seorang pengguna Twitter bernama Stephen Parker, dan dia telah mengubahsuai gambar untuk menunjukkan perbandingan dan betapa miripnya peta kedua game itu.

https://twitter.com/PeterNStrange/status/1427765406987702275

Parker menyatakan ia hampir serupa walaupun mempunyai point yang berbeza, tetapi anda tidak dapat melihatnya dan menganggapnya berbeza. Dalam tweetnya juga, dia mengatakan yang pemain tidak mempunyai masalah jika pembangun menambah mekanik/gameplay yang serupa dari game lain, kerana industri telah lama melakukannya sepanjang masa. Konsep Among Us juga bukan perkara baru kerana ia seperti Werewolf .

Pengarah komuniti Among Us, iaitu Victoria Tran juga menyatakan kekecewaanya dengan tweet:

“Sudah tentu, benar-benar collab[orate], haha. Cuma sedih [buat masa ini]. Mekanik permainan tiada masalah dan tidak menjadi isu, tetapi sekurang-kurangnya tema atau terminologi yang berbeza menghasilkan perkara lebih menarik? Ini sangat peribadi kerana terasa seperti menjadi wanita/PC dalam bidang teknologi. Rasanya seperti “lol, apa gunanya lagi'” membuat cerita atau kandungan kita sendiri”

Ini bukanlah kali pertama Fortnite dituduh meminjam idea dari game terkenal yang lain. Pembangun mod Battle Royale yang sangat berjaya telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka mendapat inspirasi dari game battle royale lain, khususnya PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Sebagai peminat game Among Us, harap mereka menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Fortnite. Walaupun nampak remeh, tetapi membiarkan amalan meminjam idea dari game lain mungkin boleh memberi kesan buruk pada industri di masa akan datang.

Sumber: VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Among UsFortnite
Previous Post

Manga JoJoLion tamat, diteruskan dengan Jojo’s Bizarre Adventure Part 9!

Next Post

[Giveaway] Kod percuma ujian beta Riders Republic untuk dimenangi! Atasi batasan kamu dalam sukan ekstrem!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
[Giveaway] Kod percuma ujian beta Riders Republic untuk dimenangi! Atasi batasan kamu dalam sukan ekstrem!

[Giveaway] Kod percuma ujian beta Riders Republic untuk dimenangi! Atasi batasan kamu dalam sukan ekstrem!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd