Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Terhebat Dunia StarCraft II Di Tapau AI

Cool

Jade Ice by Jade Ice
January 27, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Pemain Terhebat Dunia StarCraft II Di Tapau AI
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Deepmind daripada Google dah bangunkan satu artificial intelligence (AI) yang dah tumbangkan pemain-pemain StarCraft II (SC2) yang terhebat di dunia.

AI tersebut dinamakan AlphaStar, dan ianya menang 10 daripada 11 perlawanan dengan Team Liquid’s Dario“TLO” Wünsch dan Grzegorz “MaNa” Komincz dalam perlawanan demonstrasi.

Pada mulanya AlphaStar lawan TLO yang merupakan antara pengguna Zerg yang top pada Disember 2018. Tapi TLO guna Protoss; dimana dia level Grand Master untuk lawan Alphastar. Keputusannya? TLO kalah 5-0. TLO kata AI tersebut guna strategi biasa dengan efektif dan guna strategi yang dia sendiri tak terfikir sebelum ni. Ini membuktikan banyak lagi elemen SC2 yang belum dikuasai oleh manusia.

Lepas training seminggu, AlphaStar kemudiannya pegi lawan MaNa, antara pemain terhebat SC2 dan juga dalam ranking 10 pemain Protoss terhebat di dunia. AlphaStar tapau 5-0. MaNa terkejut dengan kekalahan ni dan mengatakan dia tidak sangka AlphaStar akan guna taktik berbeza setiap game dan gameplay AlphaStar terasa seperti permainan seorang manusia.

Deepmind mengatakan yang AlphaStar mempelajari cara bermain SC2 melalui imitation, tengok management asas micro dan macro semasa matchmaking ladder. Lepas tu AlphaStar kalahkan AI SC2 yang Elite. Kemudian, AlphaStar main sesama sendiri dengan versi-versi AlphaStar yang berbeza-beza.

Apa yang harus di highlight kat sini adalah, AlphaStar ada advantage yang dia sentiasa nampak semua bahagian map yang dah di discover. Seorang manusia kena manipulate kamera untuk tengok kawasan map yang telah diterokai.

Lepas Deepmind address advantage ni, AlphaStar sekali lagi lawan MaNa. Baru MaNa menang sebab AlphaStar kena manually tengok map macam manusia. Kemenangan ni menyebabkan MaNa sedar yang gameplay dia banyak bergantung kepada memaksa seorang lawan membuat kesalahan.

Walaupun AlphaStar menang dengan menggunakan taktik-taktik secara efektif, namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam AI-nya, seperti ianya membina terlalu banyak unit yang tidak berguna.

Namun ia berjaya menang 10 daripada 11 game, satu pencapaian yang membanggakan. Deepmind mengatakan teknik dan mekanisma dalam AlphaStar boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang lain.

Deepmind juga kata yang kemajuan dalam AI menerusi SC2 ini akan mendorong kemajuan dalam misi mereka dalam mencipta sistem yang intelligent.

Sebelum ini ada juga AI cuba lawan atlet pro esport, OpenAI pernah lawan pemain pro Dota 2 semasa International 2018 (T18) tahun lepas dimana AI ini tumbang di tangan pemain-pemain pro Dota 2.

Kalau korang nak tengok replay perlawanan AlphaStar boleh la ke sini, direct ke website Deepmind.

Lepas tu main game Detroit: Become Human. Tak lama lagi dah dunia kita akan ke arah tu nampaknya…setuju?

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: alphastardeepmindMaNaStarcraft 2TLO
ShareTweetSend
Previous Post

Hero Baru Dota 2 – Mars, Bakal Tiba Tak Lama Lagi

Next Post

Main PUBG Mobile Percuma dengan Yoodo

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Main PUBG Mobile Percuma dengan Yoodo

Main PUBG Mobile Percuma dengan Yoodo

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd