Overwatch memperkenalkan ciri terbaru yang dipanggil “Workshop”. Jeff Kaplan pengarah untuk game ini, mendedahkan pembaharuan tersebut dalam kemaskini developer yang dikeluarkan hari ini. Workshop ini adalah salah satu bahagian baru dalam custom game di mana ia membolehkan pemain untuk menggunakan skrip custom untuk membuat mod permainan dan kandungan baru.
Roll up your sleeves and show us a marvel of engineering!
Introducing the Overwatch Workshop—create a Script to add Rules and other unique play Conditions on the game modes you already know and love.
Read the manual! 🛠️ https://t.co/jSkWGggcEb pic.twitter.com/i39ZPMqRBP
— Overwatch (@PlayOverwatch) April 24, 2019
Menurut Jeff Kaplan:
“Pemain boleh prototaip hero-hero sendiri menggunakan sistem ini.”
Namun, skrip custom untuk Workshop ini tidak semudah yang disangka dan Kaplan memberitahu awal-awal bahawa alat-alat ini akan lebih mudah diakses oleh orang-orang yang mempunyai kebiasaan dengan skrip enjin atau pengalaman dalam programming.
“Sesiapa yang memahami logik proses game-making dan bagaimana acara permainan yang dirangka bersama akan mempunyai masa yang lebih mudah untuk memahami dan membuat sesuatu,” kata Kaplan.

Untuk pemahaman yang lebih jelas, Workshop ini bukanlah seperti peta editor – ia tidak akan membolehkan korang untuk mengawal geometri peta atau mengimport aset seni custom- tetapi ia hanya membenarkan korang untuk mengawal logik permainan yang berfungsi di sebalik tabir permainan, membiarkan korang melakukan perkara seperti membuat lantai menjadi lava atau membuat semua pemain mengubah hero pada setiap minit. Terdapat juga alat debugging yang dibina dalam permainan ini yang akan membantu pengguna mengetahui apa yang berlaku jika sesuatu tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Namun, tidak dinafikan Workshop ini kelihatan sangat menarik dan sesuatu yang pemain patut cuba!
Sumber: Overwatch
@gamersantaimy
Discussion about this post