Rasanya pemain Elden Ring pasti kenal kepada bos Malenia, antara bos yang ditakuti pemain dalam game itu. Ramai jugalah pemain yang terpaksa main berulang kali semata-mata ingin kalahkan bos ini. Di saat inilah datang seorang hero yang membantu pemain lain untuk mengalahkan Malenia. Hero itu ialah “Let Me Solo Her”, di mana pemain tersebut telah berlawan dengan Malenia, Blade of Miquella secara solo dan kini menjadi pemain legenda pertama dalam Elden Eing.
Melalui subReddit Elden Ring, nampaknya sudah ramai pemain telah bertemu dengan Let Me Solo Her dan menceritakan kisah hebat pemain tersebut dalam mengalahkan bos itu. Dia dengan avatar yang tidak memakai sebarang perisai dan memakai periuk di kepala, telah menunjukkan kebolehan bermain yang hebat. Itu juga membantu pergerakannya menjadi lebih laju semasa berlawan. Berbeza dengan pemain lain, Let Me Solo Her menggunakan Katana sebagai senjata utamanya.

Bukan setakat itu sahaja, pemain itu juga ada memberikan video di mana dia membantu pemain lain. Anda boleh lihat bagaimana dia menentang Malenia berseorangan tanpa mendapat damage yang tinggi. Dia juga seolah-olah sudah menghafal gaya serangan bos tersebut, jadi mudah untuknya mengelak serangan tersebut. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.
Kalau ada pemain yang inginkan pertolongan daripadanya, Let Me Solo Her ada meletakkan summon di lokasi sebelum sampai ke Malenia. Mereka yang mendapat pertolongan daripadanya juga turut memberikan gesture sebagai penghormatan kepadanya. Terdapat banyak juga karya fanart yang dihasilkan untuk mengenang jasa Let Me Solo Her. Siap ada arca 3D dihasilkan untuknya.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan berjumpa pemain legenda lain pula dalam Elden Ring. Agaknya apa pula yang akan menanti komuniti Elden Ring selepas ini. Apa pula pandangan anda mengenai pemain legenda ini? Boleh kongsi di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post