Seperti yang korang tahu akses awal permainan Dreams Universe telah pun dilancarkan 22 April lalu di platform PlayStation 4 (artikel lalu) dan sudah tentu sejak permainan ini dilancarkan ramai pemain yang tidak sabar untuk mencuba secara eksklusif mencipta watak sendiri yang paling kreatif. Dalam ramai pemain yang cuba tonjolkan kreativiti mereka tersendiri termasuk Bear Parker (Manager Komuniti TT Games).
Bear Parker telah mencipta semula watak Metal Gear Solid didalam Dreams dan mengongsikan videonya di Saluran You Tube;
Rasanya memang ramai yang pernah memainkan permainan asal Metal Gear Solid, ternyata apa yang dicipta Bear Parker menjadi sebuah projek yang bercita-cita tinggi. Korang boleh lihat sendiri didalam perkongsian videonya ternyata menarik perhatian setiap penonton.
Dalam perkongsiannya itu, Bear turut membincangkan apa yang telah dilakukannya untuk sampai ke tahap ini. Beliau mendapati satu teknik baru untuk digunakan semasa membuat watak yang bukan sahaja membuat mereka kelihatan lebih baik, tetapi juga menggunakan kurang memori yang selalu menjadi masalah untuk simpanan memori. Jadi bagi langkah seterusnya yang harus dilakukan termasuk unsur-unsur alam sekitar yang lain, kawalan yang lebih baik, dan banyak lagi.
Pada hari pertama perkongsian video tersebut, Bear terkejut dan memuat naik status keembiraannya di Twitter bahawa videonya mencecah 2000 tontonan dan 260 ‘Upvotes’ di Reddit;
https://twitter.com/Bearskopff/status/1127659284731441153
Paling mengembirakan Bear apabila tontonan video nya mencecah 100 ribu dalam masa sehari!
https://twitter.com/Bearskopff/status/1128020436883734528
Walaupun banyak lagi yang perlu diperbetulkan dan kerja harus dilakukan, ternyata hasil ciptaan Bear berjalan lancar dan menarik ramai perhatian netizen dan salah satu perhatian yang diberikan adalah dari pencipta Metal Gear Solid sendiri iaitu Hideo Kojima yang memberi pujian melalui emoji di Twitternya.
— 小島秀夫 (@Kojima_Hideo) May 13, 2019
Nampak ini juga peluang korang untuk mencuba sendiri dan cipta watak kegemaran di dalam Dreams! Sementara ada akses awal di PS Store baik korang dapatkannya secepat mungkin! (tekan sini)
Untuk info lebih lanjut mengenai Dreams Universe, bolehla lawati laman web mereka di https://asia.playstation.com/en-my/games/2019/dreams-universe/en/
Sumber: ComicBook;Twitter @Bearskopff
@gamersantaimy
Discussion about this post