Seorang pemain Overwatch yang terlampau kreatif telah mecipta klon kepada game mobile popular Flappy Bird menggunakan mode Workshop baru di Overwatch.
Flappy Bird ialah game paling dimuat turun di Apple Apps Store pada tahun 2014 dan buat seketika, itulah game yang semua orang sedang bermain. Sekarang, user Reddit Thriver9 telah mencipta klon sempurna game tersebut di mode Workshop Overwatch dan semua pemain boleh cuba main ya.
Dalam minigame ini, pemain akan mengawal Pharah dan sama seperti versi mobile, pemain harus melompat di celah-celah setiap ruang kosong di ‘paip’ untuk memperolehi markah. Lebih lama pemain tahan, lebih tinggi lah markah. Selepas pemain berjaya mencelah beberapa ‘paip’ ini, kelajuan pergerakan akan meningkat, sama seperti game Flappy Bird yang sebenar.
Thriver9 tidak menjelaskan jika ‘Flappy Pharah’ mempunyai penamat, tetapi komen-komen mengenai mode ini nampaknya amat memuaskan hati pemain bagi mereka yang ingin menguji sejauh mana mereka mampu. Bagi kalian yang berminat untuk mencuba klon Flappy Bird oleh Thriver9 di Overwatch Workshop, kod ialah 4QY7N.
Mode Workshop baru Overwatch diperkenalkan pada 24 April dan pemain-pemain yang kreatif telah mencipta pelbagai game mode baru, minigame, hero serta abiliti sejak pelancarannya. Game seperti CS:GO, Rainbow Six Siege, dan mode latihan untuk pemain berlatih kebolehan membidik telah dicipta.
Buat masa ini, Wokshop masih di Public Test Region, yang bermaksud ia hanya boleh digunakan oleh pemain PC. Pasukan Overwatch menyatakan niat untuk membawa feature ini kepada console supaya pemain boleh mengaksesnya di console mereka, tetapi kami tidak mempunyai maklumat lanjut tentang perkara ini.
Sumber – PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post