Baru sahaja terjadi, seorang pelajar universiti dari Kampung Pandan 2, Pahang telah kerugian sebanyak RM42,500 menggunakan duit pencen ibu selepas ditipu oleh scammer bernama @ajgamingstoree.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, pelajar itu berusia 22 tahun dan diperdaya oleh scammer tersebut semasa urusan “pembelian mata wang dalam permainan.”

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila mangsa melihat satu hantaran di media sosial Instagram bernama ajgamingstoree yang menjual mata wang permainan video secara dalam talian. Mangsa berminat untuk membeli kerana pihak terbabit menawarkan harga yang murah berbanding di Shopee.”
katanya dalam kenyataan.

Seterusnya, Mohd. Wazir berkata bahawa mangsa berminat untuk membeli sebanyak 38,400 mata wang permainan dengan harga RM600 dan telah membuat pembayaran melalui internet ke satu akaun suspek.
“Selepas mangsa membuat pembayaran, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan lain untuk pelbagai caj penukaran mata wang berkenaan. Mangsa telah terpedaya dengan helah suspek sehingga membuat 10 kali transaksi pembayaran berjumlah RM42,500 ke tiga akaun berbeza yang diberikan suspek.”
Wang milik pelajar hanya berjumlah RM1,705 sahaja pada masa itu, jadi dia membuat keputusan untuk membayar baki RM40,795 menggunakan duit pencen ibu yang merupakan seorang pesara kerajaan sejak tiga tahun lalu.

Selepas sedar diri ditipu, pelajar universiti tersebut segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan di mana kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan akibat menipu. Kami tidak tahu game yang membuat pelajar itu kemaruk tetapi @ajgamingstoree “menyediakan perkhidmatan tambah nilai” untuk PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Genshin Impact, dan Call of Duty Mobile.
Apa pendapat korang tentang kejadian ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
Sumber: UTUSAN
@gamersantaimy
Discussion about this post