Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Para Hacker makin berleluasa dalam Watch Dogs: Legion! Ini adalah review Demo kami~

Eh gempak gaisss gameplay Watch Dogs Legion!

Nyny.A by Nyny.A
July 13, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Game Review, Genre, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Review, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Para Hacker makin berleluasa dalam Watch Dogs: Legion! Ini adalah review Demo kami~
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi, Ubisoft telah mengumumkan pelancaran Watch Dogs: Legion pada 6 Mac lalu, tetapi terpaksa ditundakan pelancarannya untuk memberi permainan yang terbaik kepada para pemain. Kini baru sahaja berlansung Ubisoft Forward yang menampilkan pelbagai kemaskini mengenai permainan terbaru Ubisoft dan itu termasuk Watch Dogs: Legion, lebih baik dalam pengumuman ini, permainan ini akan secara rasmi hadir 29 Oktober 2020 ini!!!

Okay, dah dapat berita gembira yang pertama kan, yang kedua kami akan mengongsikan pengalaman bermain demo Watch Dogs: Legion sekali lagi! Ya pertama kali kami bermainnya pada tahun lalu di acara Gamescom 2019, tetapi kali ini ianya mempunyai perbezaan yang agak ketara dari percubaan demo pertama kami, kerana ianya telah banyak diperbaiki dan siap sedia Watch Dogs: Legion bakal menjadi sebuah permainan yang sangat seronok dimainkan terutama pada para streamer! Tanpa lengahkan masa jom mulakan review demo Watch Dogs: Legion kami!

HACKER MAKIN BERLELUASA!

Watch Dogs: Legion adalah sebuah permainan aksi pengembaraan yang diterbitkan oleh Ubisoft dan dibangunkan oleh Ubisoft Toronto. Sebagai permainan yang ketiga dalam siri Watch Dogs ianya juga merupakan sekuel kepada Watch Dogs 2. Permainan ini dibuat dalam perwakilan fiksyen London, yang dirancang sebagai dunia terbuka dan dapat dimainkan dari perspektif orang ketiga. Watch Dogs: Legion mempunyai kemampuan untuk mengendalikan beberapa watak yang dapat direkrut di seluruh pengaturan permainan dan yang dapat hilang secara kekal selama proses permainan. Permainan ini juga akan menampilkan coop multiplayer yang akan membolehkan sehingga empat pemain bekerjasama.

Kisah permainan ini memfokuskan kepada usaha kumpulan penggodam “hacker” cabang London DedSec dalam memerangi rejim otoriter yang telah menguasai United Kingdom, terima kasih pada sistem pengawasan canggih yang dikenal sebagai ctOS. Untuk membantu hal ini, DedSec merekrut sekutu dari seberang kota untuk membebaskan kota ini sebagai kekuatan perlawanan. Setiap watak dalam permainan akan mempunyai latar belakang dan skillset masing-masing dan memberikan pengaruh yang lebih dinamis pada naratif permainan ketika kisahnya berjalan.

HACKER YANG BOLEH DIREKRUT SEMUANYA LAIN MACAM!

Sama seperti yang lalu memang boleh rekrut watak NPC, tetapi dalam Watch Dogs kali ini disebabkan Legion, ibarat semua hacker bersatu dan lebih banyak yang boleh direkrut dengan kita dapat melihat dahulu skillset masing-masing sebelum memilihnya.

Ada diantara NPC yang tidak mempunyai skill atau ada yang skill nya bukanlah untuk pertempuran! Tetapi disebabkan misi yang perlu dibuat, dia akan terus sertai menjadi rekrut kita! Seperti ada satu watak NPC ini yang hanya boleh memotong rambut kerana dia adalah “hairstyler” dan satu lagi watak NPC perempuan yang mempunyai skill memberi kita diskaun pembelian baju (dalam permainan) 20%!

Ada diantara watak NPC mempunyai icon menunjukkan tanda “dislike” DedCes, jadi jika anda mahu rekrut mereka, kemungkinan besar misi dari mereka adalah lebih sukar atau salah satu jalan untuk menyelesaikan sesuatu misi kemudian baru mereka akan join pasukan hacker anda.

Selain itu, kita juga boleh kustom pelbagai benda yang termasuk senjata yang akan digunakan crew hacker kita, antaranya seperti rifles atau spider drone. Jadi dalam memilih NPC ini nanti, anda pilihlah yang terbaik dan berguna untuk misi-misi kita. Ada diantara NPC adalah CEO, Polis dan juga pekerja binaan dan skill masing-masing juga ada lebih dan kekurangan masing-masing.

Lebih menarik, bukan setiap NPC boleh digunakan setiap masa, ada juga yang kita perlu perhatikan jadual hariannya, jadi waktu tersebut jika kita menggunakannya, dia berada di lokasi yang perlu mengikut jadual hariannya. Selain itu watak NPC yang tua agak sukar nak mengikuti anda, contohnya, anda dah seronok lompat parkor larikan diri, watak NPC yang anda selamatkan jika dah berumur susah ikuti anda melompat, jadi mereka akan duduk sahaja tunggu disitu sehingga kita kena patah balik, ikut jalan yang biasa untuk keluarkan dia dari lokasi tersebut.

HACK SAHAJA APA YANG ANDA NAMPAK! 

Berbeza dengan sebelum ini, kita boleh hack mana-mana ATM atau bank yang kita nampak betul tidak? Tetapi bukan didalam demo yang kami cuba kali ini, tapi jangan risau, inikan hanya demo, mungkin dalam full game nanti akan ada abaliti ini seperti Watch Dogs dan Watch Dogs 2.

Beberapa pekara dalam gameplay demo kali ini yang menarik perhatian kami! Betul… antaranya perjalanan setiap misi terdapat sedikit pekara baru yang menggagumkan. Seperti, kini kami boleh menyembunyikan mayat dengan jubah halimunan seperti mozaik, jadi musuh lain tidak akan perasan apa yang terjadi.

Spider drone kita juga akan menjadi halimunan geng! Ya, anda menggunakan drone anda seperti Wtach Dogs yang lalu, dan jika ada kawasan mempunyai sensor, drone kita pun terus akan menjadi halimunan tanpa kantoi maka terus hack apa yang patut!

Dalam gameplay demo ini juga, terdapat satu misi untuk kami menyelamatkan watak NPC didalam balai polis! Ya, tapi sebelum itu kami perlu memilih NPC kami yang bekerja sebagai polis agar senang keluar masuk balai tanpa sebarang masalah! Tapi, jangan ingat perjalanan anda mudah, sebab terlanggar sikit je polis yang lain mulalah watak tersebut nak bergaduh dengan anda. Kita tak boleh nak lari, memang terpaksa berlawan. Jadi tetapkanlah “low profile” supaya polis lain tidak menyerang anda.

Menggunakan hacking ini hampir serupa sahaja dengan Watch Dogs yang lalu, kami boleh hack kereta kedepan/kiri/kanan/belakang dengan skill hack kami dan kalau ada yang melanggar kereta polis, siap sedia untuk ditangkap terus, tetapi nasib baik dalam demo kami main ini tak terjadi pada kami. Dalam memandu atau hack kereta kita boleh menggunakan manual atau auto drive, untuk auto memang lebih senang kerana dalam masa yang sama kami boleh hack sekeliling kami, contohnya hack kereta lain sampai tidak sengaja terlanggar orang atau kereta polis lain, tapi jadi drama sekejap lah depan mata kita, tapi auto drive akan membawa kereta kita menggelak dari drama tersebut. Manual pula kita bawa kereta dengan tetapan yang disediakanlah~

Untuk motorsikal kami tidak boleh hack dia untuk kebelakang. Lagi satu yang menarik, kenderaan yang terdapat dalam Watch Dogs: Legion ini agak futuristik, contohnya “kami rasa teksi lah”, teksi tersebut tiada kerusi pemandu, keempat kerusi memandang sesama sendiri dan auto drive. Jangan risau, kereta bentuk “old school” pun ada!

SELEBIHNYA YANG KORANG BOLEH JALANKAN~

Ketika di jalanan, jika anda menyelamatkan seseorang yang ditangkap oleh Albion, anda akan mendapat “respect” dari penduduk. Untuk NPC, memang semuanya unik, ada rupa yang unik seperti nenek dan suara masing-masing yang mempunyai loghat pencakapan ala-ala UK, atau Asia. Tapi untuk misi Watch Dogs Legion ini, kami rasa serupa sahaja seperti dahulu seperti misi bunuh orang atau selamatkan orang.

Terdapat safe house untuk kami, ketika didalam safe house, semua rekrut kita ada didalam tu kecuali jika mereka ditangkap atau cedera mereka tidak ada disana. Ada PC jika mati, maka dia akan mati terus, tiada istilah hidupkan balik NPC tersebut. Haa ya satu lagi! Ada photoooth dalam safe house yang kononnya kita tangkap gambar dengan pasukan hacker NPC kita dan gambar tesebut akan disave di memori kita.

KESIMPULANNYA~HACKING ITU PASTI!

Kami boleh jamin Watch Dogs: Legion akan menjadi kegemaran Streamer lah lepas ini! Sebab dengan bermain secara co-op dan open world memang seronok! Eh pulak ada watak NPC yang cari pasal dengan kami walaupun hanya terlanggar sikit, bagai nak rak dia mengejar kami untuk bergaduh weh! Memang syiok lah! Jom usha video gameplay kitorang kat bawah ni:

Jadi, pada anda yang ingin membeli Watch Dogs: Legion, jangan lupa tarikh rasmi pengeluarannya 29 Oktober 2020 ini. Watch Dogs: Legion akan hadir di platform PC Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Stadia, Xbox One dan Xbox Series X.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #UbiForward#WatchDogsLegionGameplay Watch Dogs LegionReview Demo Watch Dogs LegionubisoftUbisoft ForwardWatch Dogs LegionWatch Dogs Legion Demo
Previous Post

Pandangan pertama demo Assassin’s Creed Valhalla! Unsur “stealth” paling kurang dalam francais!

Next Post

[UbiForward] Far Cry 6 akhirnya diumumkan! Nantikan sekuel ini pada 18 Febuari 2021!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[UbiForward] Far Cry 6 akhirnya diumumkan! Nantikan sekuel ini pada 18 Febuari 2021!

[UbiForward] Far Cry 6 akhirnya diumumkan! Nantikan sekuel ini pada 18 Febuari 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd