Pasukan yang memenangi Pistol Round akan mempunyai pembelian yang lebih baik dan lebih banyak peluang untuk memenangi pusingan seterusnya dan tidak terkejutlah untuk melihat sebuahh pasukan yang berjaya memenangi pusingan pertama memperoleh lebih banyak momentum dan mendapat pendahuluan kemenangan yang lebih. Pistol Round juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap keyakinan seorang pemain juga. Inilah antara sebabnya anda harus tahu bagaimana untuk bermain Pistol Round di CS: GO dengan betul. Dalam artikel ini, anda boleh membaca sedikit tips tentang cara-cara bermain Pistol Round di CS: GO.
https://www.youtube.com/watch?v=VNZrNx4yl0g
Strategi untuk digunakan!
Terdapat beberapa cara seorang pemain boleh guna untuk menghabiskan $800 yang mereka terima pada awal permainan. Satu sahaja perkara yang pasti, pemain tidak digalakkan untuk menjimatkan $800 itu. Itu adalah sesuatu yang pemain professional pun tidak buat, jadi anda pun tidak harus cuba untuk menjimatkan duit. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghabiskan 800 dolar itu dengan baik:
-
Beli kelengkapan penuh untuk seorang pemain!
Sekiranya pemain bermain dengan rakan-rakan, pemain boleh membuat keputusan untuk melengkapi penuh seorang pemain. Ini bermakna seorang pemain harus mengorbankan kevlar-nya dan membeli pistol yang dinaik taraf untuk seorang pemain itu. Pemain yang mendapat pistol yang dinaik taraf itu pula harus membeli kevlar dengan duit sendiri. Ini bermakna bahawa seorang pemain akan dilindungi oleh kevlar dan pada masa yang sama, dia mempunyai potensi untuk melakukan damage yang banyak menggunakan pistol yang dinaik taraf. Pemain ini akan mempunyai kelebihan yang besar dalam mana-mana pertarungan. Jika anda memutuskan untuk menggunakan taktik yang berisiko ini, pastikan pemain terbaik dipasukan anda mendapat kelengkapan penuh.
-
Melengkapkan dua pemain dengan utiliti!
Dalam sebuah matchmaking, pemain tidak kerap membeli utiliti dalam Pistol Rounds. Mereka lebih suka membeli kevlar dan mendapatkan perlindungan tambahan, yang sebenarnya pun tiada masalah. Walau bagaimanapun, jika pemain bermain dengan pasukan sendiri atau dengan pemain yang mereka kenal, anda boleh meminta dua pemain lain membelanjakan duit mereka untuk utiliti. Di bahagian Counter-Terrorist, hantar kedua-dua pemain tersebut ke bombsite yang berbeza, supaya mereka boleh menyokong pemain yang dilengkapi kevlar. Di bahagian Terrorist, pastikan anda tidak membazirkan utiliti dan menggunakannya dengan bijak.
Anda boleh membeli kombinasi berbeza utiliti. Sebagai contoh:
- Smoke grenade
- Dua flashbang
- HE grenade
- Flashbang
- Molotov
Ini terpulang kepada pemain dan ia bergantung kepada bagaimana anda ingin menggunakan utiliti anda.
Perkara-perkara untuk dielakkan!
Seperti pusingan lain, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan dalam Pistol Round juga. Pertama, anda harus mengelak daripada membeli Deagle dalam Pistol Round di CS: GO. Walaupun ia adalah pistol yang baik, ia jarang menjadi pilihan bijak untuk sebuah pembelian di dalam Pistol Round atas pelbagai sebab. Untuk rumusan, Deagle adalah pistol yang paling mahal, dan ia tidak akan membuat banyak perbezaan dalam Pistol Round. Memandangkan tiada seorang pemain yang mempunyai topi keledar, anda boleh membeli pistol yang lebih murah dan anda masih boleh membunuh pihak lawan anda dengan satu headshot.



Selain daripada Deagle, terdapat pistol lain yang anda tidak harus beli sama sekali. Jangan sesekali membeli Dual Beretta dan Revolver, walaupun dalam pusingan lain. Kedua-dua pistol ini terbukti tidak berguna dan tiada pemain professional yang menggunakannya.
Satu lagi perkara yang perlu dielakkan ialah pertarungan jarak jauh di bahagian Terrorist. Tidak kisah apa pun pistol yang pemain memakai, USP akan sentiasa menang dalam pertarungan jarak jauh. Jadi, sentiasa berfikir tentang itu apabila bermain sebagai Terrorist dan cuba untuk mendekati Counter-Terrorist serapat mungkin. Selain itu, perasan tak semua pistol yang dinaik taraf mempunyai jarak ketepatan yang lebih pendek berbandinf USP dan Glock, kecuali Deagle. Oleh itu, jika anda memutuskan untuk menggunakan wang untuk menaik taraf pistol anda, cuba untuk simpan jarak yang pendek.
@gamersantaimy
Discussion about this post