Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama Red Solstice 2: Survivors – Gameplay RTS yang fokus pada “survival horror”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2021
in Artikel, Berita, Pandangan Pertama, PC, Review, Steam
0 0
0
Pandangan pertama Red Solstice 2: Survivors – Gameplay RTS yang fokus pada “survival horror”!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh studio Ironward yang berpangkalan di Croatia, Red Solstice pertama disambut dengan ulasan yang sederhana bagus ketika dilancarkan pada tahun 2014. Dengan fokus utama pada “real-time strategy“ dan “survival horror“, ia memerlukan pemain untuk cuba menyesuaikan diri dengan medan perang yang sentiasa berubah. Sekarang, sekuelnya bakal keluar dan sepatutnya akan menambah baik mekanik-mekanik pada permainan pertama dengan bantuan 505 Games. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah pandangan pertama Red Solstice 2: Survivors saya!

Naratif

“Pada tahun 177 di Bumi, planet ini telah dihuni oleh mutan, lantas memaksa umat manusia berpindah ke Marikh.

Sebuah organisasi misteri yang dipanggil Founders sedang berlatih untuk mengambil semula planet lama mereka, dan pemain akan berperanan sebagai askar super yang dikenali sebagai Executor.

Di atas platform senjata orbit yang dikenali sebagai Solar, para Executor akan diagihkan kepada misi untuk membantu umat manusia sebagai sebahagian daripada pasukan petugas elit yang dikenali sebagai Cell.”

Gameplay & mekanik asas

Dari menu utama, pemain dapat memilih dari dua mod: story campaign (preview ini hanya menyediakan akses ke tiga misi pertama) dan mod Skirmish yang lebih kecil dan terpencil. Dalam mod Skirmish, pemain dapat melatihkan kemahiran mereka dalam misi sampingan dan bahkan mengajak pemain lain untuk menyertai mereka di server yang sama melalui ciri Steam’s Friends. Misi terbahagi kepada objektif menyelamatkan mangsa dan melindungi barang pengangkutan daripada serangan musuh, di mana jumlah dan intensiti serangan mutan akan meningkat bergantung pada tahap kesukaran yang dipilih.

Setiap tahap akan dimainkan dalam cara RTS tradisional, dengan kamera terletak di atas watak dalam pandangan isometrik. Pemain akan mengawal askar dengan tetikus, dan menggunakan “Right Mouse Button” untuk bergerak dan “Left Mouse Button” untuk menembak senjata. Sejenis fitur khas juga membolehkan askar untuk menyerang musuh secara automatik. Papan kekunci digunakan untuk mengawal kamera permainan, supaya pemain boleh mendapatkan pandangan yang lebih baik di atas medan perang ketika menembak gelombang musuh.

Dengan menekan butang Space, fokus kamera akan kembali pada Executor. Walaupun hanya Executor yang boleh dikendalikan secara langsung, sekumpulan rakan sepasukan dapat mengikuti atau berhenti di lokasi tertentu dengan menekan butang ALT. Apabila menekan butang ini, sebuah menu akan muncul untuk pemain pilih arahan apa yang sesuai untuk digunakan pada medan perang.

Pemain boleh menukar antara dua senjata yang dipilih dengan cepat, tetapi harap maklum, senjata kedua seperti senapang patah mempunyai bekalan peluru yang terhad. Senjata juga mempunyai tempoh “reload” berbeza, yang menjadi faktor penting dalam pertempuran kerana semasa pemain “reload” senjata, ia bermaksud kita terdedah kepada serangan mutan. Anggota skuad juga boleh mengalami kesan cedera tambahan seperti Poison atau Bleeding, yang menyebabkan nyawa mereka menurun. Protagonis hanya mempunyai dua nyawa dan jika kedua-duanya habis, anda harus memulakan misi dari awal.

Sebelum melakukan misi, pemain dapat mengatur susunan watak, memilih kelas/senjata, dan warna perisai yang berbeza. Terdapat enam kelas yang boleh dipilih, di mana versi beta menyediakan akses kepada tiga:

  • kelas Assault standard
  • kelas Medics yang berasaskan sokongan
  • kelas Heavy Support yang defensif

Beberapa “Perks” yang boleh dipilih akan meningkatkan statistik ofensif dan defensif, tetapi ini memerlukan pemain mendapatkan modul bekalan untuk menggunakannya. Pengguna juga dapat membuka senjata dan abiliti baru dari Skill Tree, yang merangkumi perkara-perkara seperti lebih banyak HP dan peningkatan radius penglihatan. Setelah selesai, “custom load-out” ini dapat disimpan untuk penggunaan masa depan. Fitur ini juga digunakan untuk rakan sepasukan – tetapi pilihannya tidak sedalam seperti watak pemain.

Pendapat

Secara keseluruhan, gameplay RTS untuk Red Solstice 2 tidaklah begitu susah untuk mahir dan rasanya pemain baru pun boleh cuba tanpa banyak masalah. Masih terdapat beberapa “bug” dan masalah teknikal yang terdapat dalam versi, termasuk tentera yang jatuh ke dalam jurang, dan misi yang bersifat repetitif pada kesukaran yang lebih mudah. Namun, sekiranya isu-isu ini diselesaikan dalam beberapa minggu sebelum pelancarannya pada bulan depan, Red Solstice 2: Survivors mungkin dapat menjadi salah satu RTS sci-fi terbaik pada dekad ini.

Itu sahaja untuk pandangan pertama Red Solstice 2: Survivors saya! Permainan akan dikeluarkan di pelantar PC melalui Steam pada 17 Jun, jadi pembaca yang berminat tidak perlu menunggu lama lagi. Untuk baca ulasan kami yang lain, sila tekan pautan ini.

Video gameplay

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 GamesIronwardPandangan PertamaReal Time StrategyRed SolsticeRed Solstice 2: Survivorsreviewsurvival horror
Previous Post

Ni no Kuni II: Revenant Kingdom PRINCE’s Edition rasmi akan keluar di Nintendo Switch pada 17 September 2021

Next Post

Sedia menjadi seriau! Cold House sebuah game seram co-op akan datang ke PC Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sedia menjadi seriau! Cold House sebuah game seram co-op akan datang ke PC Steam!

Sedia menjadi seriau! Cold House sebuah game seram co-op akan datang ke PC Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd